CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29820|Reply: 0

[Sarawak] Lebih banyak Pusat Persembahan Seni diharap dapat diwujudkan di Sarawak

[Copy link]
Post time 19-9-2024 09:52 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim (tiga kiri) ketika merasmikan SIDF 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang, malam tadi. Turut kelihatan (dari kiri) Chen, Snowdan, Oscar Ling serta yang lain.

SIBU: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap lebih banyak Pusat Persembahan Seni dapat diwujudkan di seluruh Sarawak.

Menurut beliau, pusat tersebut amat diperlukan bagi pengiat seni membuat persembahan dan mempamerkan bakat termasuk dalam tarian.

"Di Kuching, kita dalam proses mengubahsuai bangunan lama untuk menjadi Pusat Persembahan Seni yang akan siap dalam masa dua tahun lagi.

"Kita juga berharap ada pusat seperti ini di Sibu," ujarnya ketika berucap merasmikan Festival Tarian Antarabangsa Sibu (SIDF) 2024 di Dataran Tun Tuanku Bujang, malam Selasa.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu berkata, masyarakat setempat harus membuat permohonan jika mahu kemudahan seperti itu dibina atau dibuka di Sibu.

"Semasa menghadiri jamuan ringan sebelum menghadiri program ini, saya telah ditanya sama ada pusat seperti ini dibina di tempat lain.

"Saya berpendapat ia bergantung kepada permintaan setempat, sama ada di Sibu atau di tempat lain.

"Masyarakat setempat harus membuat permohonan jika mahu kemudahan seperti itu dibina atau dibuka di Sibu.  

"Kita memerlukan infrastruktur seperti ini untuk mempamerkan seni persembahan dan bakat," katanya.

Dengan pusat seumpama ujar beliau, persembahan oleh pengiat seni akan lebih dihargai dan dipersembahkan di tempat yang lebih baik.

"Saya tidak mengatakan persembahan di kawasan terbuka seperti ini tidak baik.  


Persembahan menarik sebuah kumpulan tarian yang membuat persembahan semasa SIDF malam tadi.

"Tetapi, sudah tentu faktor seperti hujan boleh menjejaskan kualiti persembahan.

"Sebagai contoh, semasa menghadiri Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) di sini, hujan turun," ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya itu berkata, jika pusat seni persembahan yang sempurna tidak dapat dibina, sekurang-kurangnya dewan suarah perlu diubah suai secepat mungkin.

"Dengan cara ini, kita mempunyai ruang untuk acara seperti ini tanpa perlu bimbang tentang cuaca," tegas beliau.

SIDF yang memasuki edisi ke-10, dianjurkan oleh Hornland Dance Theatre, dengan sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

Hadir sama ialah Timbalannya, Datuk Snowdan Lawan, Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Pengerusi MPS Clarence Ting Ing Horh dan pengerusi penganjur, Chen Ing Kuan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.052980 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list