CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 25845|Reply: 35

[Tempatan] hilang sabar kerana anaknya enggan mendengar kata dan sering keluar malam,sebelum aku hilang kau” – Kerana Sayang & Mahu Mendidik, Bapa Sanggup Bakar Motosikal Anak

[Copy link]
Post time 20-9-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-9-2024 11:26 PM

Menerusi video berasingan, lelaki itu memohon maaf kepada segelintir pengguna media sosial yang menganggap perbuatannya membakar motosikal agak keterlaluan.



Bakar Motosikal Anak Kerana Sayang
Kerana sayang dan tidak mahu kehilangan cahaya mata tersayang, seorang lelaki nekad membakar sebuah motosikal milik anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @kajolmarey01, lelaki yang juga merupakan seorang bapa itu dikatakan hilang sabar kerana anaknya enggan mendengar kata dan sering keluar malam.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat api marak sedang membakar motosikal tersebut. Malah, turut kedengaran lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa dengan sikap cahaya matanya itu.

“Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Bakar je senang. Lebih baik tak payah ada motor lagi senang. Ada motor, jadi hantu, jadi s*tan kau.

“Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak, mak bapak dah cakap macam-macam, cakap elok-elok tapi kau tak faham, ini ubat dia.

“Sebelum kau mampus dekat tangan orang lain, kau mati dekat jalan raya, baik aku bakar je, ini punca-punca dia,” katanya.

Ibu Bapa Main Peranan Penting Dalam Mendidik Anak
Menerusi satu lagi video, lelaki berkenaan menjelaskan dia pernah melalui zaman permotoran dan mengalami kemalangan jalan raya.

“Saya pun pernah accident (kemalangan) waktu naik zaman TZM. Kita pun pernah lalui zaman motor, zaman motor ni tak ke mana pun sebenarnya.

“Setiap anak-anak lelaki bujang, sekarang perempuan pun dah terlibat. Salah satu punca dia pun kalau melibatkan anak-anak ni, emak ayah juga. Emak ayah leka, motor dapat dekat anak, lama-lama anak anggap motor sendiri.

“Macam kita emak ayah sendiri pun kita tak mampu nak jaga dia sepenuhnya, sebab masing-masing bekerja, anak-anak bebas,” katanya.

Bagi lelaki itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.

“Kena buat sesuatu benda yang di luar jangkaan pun ye. Tapi bagi saya, doa seorang ayah dan ibu yang terbaiklah.

“Jangan doa anak yang bukan-bukan. Kalau kita doa yang bukan-bukan, benda tu mesti akan jadi. Sebagai emak ayah, kita kena mainkan peranan,” jelasnya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sokong jer kalau itu cara terbaik utk anak bujang dia.
Tapi bang.... dari kau bakar muto tu, ada baiknya ko jual.
Dapat juga membeli sebuah basikal baru utk anak ulang alik skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 21-9-2024 12:41 AM
Aku sokong jer kalau itu cara terbaik utk anak bujang dia.
Tapi bang.... dari kau bakar muto tu, ada ...

Yep . Jual.. duit tuu masuk asb utk masa dpn bdk tu jgk.. bakar membazir daaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 08:50 AM | Show all posts
bakar sebab content je tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju @airfilterkotor @buritan.

Kalau rumah atuk2 kita dulu, ikat motor bawah rumah. Takde sampai bakar2 ni nak mengajar anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak jual je
Bapaknya punnnn…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 21-9-2024 10:19 AM

Nak salahkan anak2 takleh jgk sbb Ularmak sendiri yg galak budak2 melayu ni jadi setan rempit pokcik oiii..







This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudos to old school style of parenting.  Ini makan dia tuk anak yg degil biar dia tengok sendiri benda tu terbakar and dont play2 dgn bapaknya.  Ini bila dah accident mati menyusahkan org, anak saya baik otw nakngi masjid yadda yadda yadda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Bakar utk content jahhh...
Ko hingat budak tu insof ka moto tu jd tukun?
Ni aku ckp dr pengalaman sendri.
Dh ketegar jahat tu... Selagi xmampoih, kna hadap jugak.
Insof tu dtg dr diri sendri, bukan perbuatan mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
He literally did ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’ kepada motor - ke aku silap
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm arwah ayah i dulu tapi tak la bakar2 harta

abg i masa form5 suka keluar malam. arwah ayah mmg jrg ada kat umah. mak iols susah hati dah la nak spm. bila ayah i bercuti kebetulan abg keluar malam tu (dia tak sedar ayah ada, biasa time ayah ada dia elok je kat umah) mak i bagitahu abg keluar. tggu punya tggu pkl 11 mlm baru balik.
malam tu jugak ayah i heret dia bawak p balai polis siap salinan ic tnjuk muka abg i kat polis tu ckp "lepas ni kalau jmp dia malam2 tanpa ada hal pntg dok kat pondok mana2 kutip bawak masuk balai"

lepas kejadian tu before maghrib semua kat rumah. abg lagi sorg pun tak berani nak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:16 AM | Show all posts
bakar motor, lagi buat anak tambah dendam.
apak dia ingat, dgn bakar motor, anak terperuk dlm bilik je ke?
dia tak terpikir ker, keberangkalian anak akan join rempit bonceng moto kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut anaknya makin memberontak pulak,dh elok ada moto ayah bakar dia buat keja gila lain pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 12:36 PM | Show all posts
sejenis bapak baran...tau baran dia aje...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:00 PM | Show all posts
silap mulanya kau jugak..
sapa suruh bei motor untuk anak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 10:15 PM | Show all posts
bakar ni untuk tunjuk bapa dia serius nak halang, nak bagi tak ada harapan dah nak tunggang motor pas ni..  larang mulut tak jalan, maka hukuman tambah berat.. barangkali itu yang bapak tu fikir

.. penerimaan budaknya tak tau mcm mana, klu dah brutal barangkali dia dendam, tapi jika yg masih bagus, sepatutnya tak ada hal... yg penting apaknya mesti pandai explain, pujuk supaya tak dendam, mungkin ganti dgn transport ttp dah tak boleh dah merempit, basikalkah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Niat tu dah elok...tak nak anak tu tersasar..tapi cara tu mcm tak kena pulak...risau anak tu simpan dendam...bebudak zaman skrg ni bukan boleh kira
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak skrg ni lain. Tak macam kita dulu. Orang tua marah nk pandang muka pun tak berani. Budak skrg kena marah kita kena jerkah balik. Adui. Harap2 anak abg ni takde la buat tindakan bodoh lepas motor kena bakar
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 21-9-2024 07:51 AM
Yep . Jual.. duit tuu masuk asb utk masa dpn bdk tu jgk.. bakar membazir daaa

Bakar biar pedih sampai ke hujung nyawa.

Tapi anak camni bila kita mati dia berbaloi kalau jual harta pusaka semua untuk beli 10 motor kuasa tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts
yg kt tt tu tnjk bapak dia nk bakar ank..tp ano kecik lg..org ckp dh kena tangkap..adek badek ke dorg ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.138548 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list