CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13139|Reply: 0

Jepun miliki 95,000 penduduk usia lebih 100 tahun

[Copy link]
Post time 21-9-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode





TOKYO – Bilangan rakyat Jepun berusia 100 tahun dan ke atas melebihi 95,000 orang sekali gus rekod tertinggi, dengan hampir 90 peratus ialah wanita, demikian menurut data kerajaan hari ini.


Setakat 1 September lalu, Jepun memiliki seramai 95,119 orang berusia 100 tahun ke atas, meningkat 2,980 orang tahun ke tahun dengan 83,958 daripada mereka ialah wanita dan 11,161 lelaki, kata kementerian kesihatan dalam satu kenyataan.


Kelmarin, data berasingan kerajaan menunjukkan bilangan penduduk berusia lebih 65 tahun mencatat rekod tertinggi seramai 36.25 juta orang atau  merangkumi 29.3 peratus populasi Jepun.


Pecahan itu menjadikan Jepun berada di tempat teratas  senarai 200 negara dan rantau yang memiliki lebih 100,000 penduduk, kata Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi.


Jepun ketika ini adalah negara kepada orang paling tua di dunia yang masih hidup, Tomiko Itooka. Itooka lahir pada 23 Mei, 1908 dan berusia 116 tahun, kata Kumpulan Penyelidikan Gerontologi  berpangkalan di Amerika Syarikat.


Pemegang rekod sebelum ini, Maria Branyas Morera meninggal dunia di Sepanyol pada bulan lalu ketika berusia 117 tahun.


Dalam pada itu, populasi Jepun berjumlah 124 juta  selepas merosot 595,000 pada tahun sebelumnya, demikian menurut data kerajaan sebelum ini. – AFP


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.044004 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list