CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 57025|Reply: 32

[Tempatan] Pendapatan sebulan setaraf menteri, anda berminat?

[Copy link]
Post time 22-9-2024 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 22-9-2024 11:05 AM

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang sebelum ini berniaga makanan dari rumah kini meraih pendapatan antara RM10,000 hingga RM15,000 sebulan selepas beralih kepada penggunaan mesin layan diri melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Amin Afifi Yaakob, 36, dan isteri, Yufaeza Yussof, 30, mengakui tidak menyangka mesin dibekalkan melalui IPR di bawah kategori Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) sejak Oktober tahun lalu, membantu melonjak pendapatan mereka sehingga lima kali ganda berbanding RM2,500 hingga RM3,000 sebulan sebelum ini.

"Saya sebelum ini berniaga pelbagai jenis makanan termasuk kek dari rumah dengan jualan dibuat menerusi laman sosial.

"Apabila mengetahui mengenai IPR menerusi Facebook, saya terus mendaftar sebelum dimaklumkan saya berjaya menyertainya menerusi bantuan mesin layan diri.

"Kami dapat mesin pada September 2023 dan mula berniaga menggunakannya bermula Oktober di kafeteria di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh. Alhamdulillah, sambutan diterima sangat menggalakkan," katanya.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia tiga dan enam tahun itu berkata, dia bersama isteri menyediakan pelbagai menu pada mesin layan diri bagi memberi pilihan kepada pelajar di situ untuk mendapat makanan yang variasi.

Katanya, makanan disediakan juga mengikut menu terkini dan pilihan pelajar termasuk nasi lemak, ayam goreng Korea, ayam goreng keju, 'chicken cop', spageti, kekacang, tortilla, sandwic dan pelbagai lagi.

"Menu kita sentiasa berubah-ubah mengikut pilihan makanan terkini dan tular, lagi satu saya selalunya bertanya apa yang mereka (pelajar) mahu supaya makanan yang kami sediakan itu memang menjadi pilihan mereka dan saya lebih suka bawakan menu dari restoran makanan segera dengan harga yang berpatutan.

"Nasi lemak dengan lauk telur, nuget dan sosej serta nasi lemak lauk ayam yang dijual dengan harga RM3 dan RM4 adalah menu yang sering habis awal di mesin layan diri itu, malah ia makanan yang diletakkan setiap hari di situ berbanding menu lain yang saya letak secara berselang-seli," katanya.

Amin Afifi yang tinggal di Bukit Minyak di sini berkata setiap hari, dia akan membeli barangan segar untuk memasak sebelum menghantarnya ke mesin layan diri itu pada jam 2 petang dan 10 malam setiap hari supaya makanan sentiasa dalam keadaan segar.

Sebanyak 60 hingga 70 peratus makanan dihantar ke mesin layan diri itu hasil air tangan Amin Afifi dan isteri, manakala selebihnya daripada vendor yang membekalkan makanan seperti burger, roti john dan piza kerana mahu berkongsi rezeki dengan mereka.

"Setiap bulan saya boleh menjual hingga lebih 5,000 kuantiti pelbagai jenis makanan pada harga RM1 hingga RM8," katanya.

IPR dilancarkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Februari tahun lalu bertujuan membantu golongan miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan mampan.

Menerusi inisiatif INSAN, penerima diberikan mesin layan diri di tempat terpilih serta kos sewaan bulanan dianggarkan antara RM600 hingga RM800 ditanggung sepenuhnya kerajaan selama dua tahun.

Selain INSAN, IPR turut menawarkan kategori Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) kepada syarikat pertanian, rantaian peruncitan makanan, pengeksport, agensi-agensi kerajaan berkaitan dan koperasi serta Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) kepada syarikat swasta yang memerlukan pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis. – BERNAMA

Maklumat lanjut/pendaftaran sila layari: https://ipr.ekonomi.gov.my/about

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik ni. Untuk budak budak Uni zaman sekarang, pilihan lebih jimat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2024 10:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya jual menu murah2 je sesuai utk student
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Gaji menteri 10-15k sebulan jahh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Student dibiasakan mkn sosej nuget keju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-9-2024 07:04 AM
Student dibiasakan mkn sosej nuget keju

Budak Harvard pun survive on megi ramen.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga2. Sebelum ni ada scam mesin air gedegang kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 08:09 PM | Show all posts
Kalau ada di ofis aku pun bagus. Sebab tak ada kafe. Yang ada cuma mesin family mart mini
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 22-9-2024 03:04 PM
Student dibiasakan mkn sosej nuget keju

Menu yg paling bajet time aku dulu. Lama2 jemu.

Makanan dlm tu x basi ke? Terperap.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sebegitu, org berduit sudah bekerja juga biasa makan sosej nuget meggi macam mknn ruji hari2 walaupun byk masa sbb kerja 5 hari, sambil tu perli2 org yg sukakan buah2 dan sayur
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke???
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada org komplen bisnes vending machine ni
Kita diletaknya tempat2 jin bertendang
Tempat2 hot semua supplier dah cop letak kroni2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:57 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 22-9-2024 11:57 AM
Gaji menteri 10-15k sebulan jahh ka?

baru gaji...belum lain2 yg lg lumayan
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya... Setiap peniaga ada tempoh untuk setiap makanan yang dimasak (setiap 6 jam perlu ditukar) dan juga peserta yg join ni kena masuk kursus dan ada sijil penyediaan makanan dan suntikan typhoid jugak.. yang penting penggunaan bahan yg halal..  setiap bulan bahagian pengurusan akan check macam mana peserta jaga mesin semua.. gitulah kesahnya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 02:04 PM | Show all posts
Siapa yg pandai masak tu, silakan. Kalau placing mesin ni cantik - memang laku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 02:27 PM | Show all posts
brown_pupil replied at 23-9-2024 02:04 PM
Siapa yg pandai masak tu, silakan. Kalau placing mesin ni cantik - memang laku.

banteras chronism dulu.....baru la yg bebetul B40 akan mendapat faedah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 23-9-2024 08:57 AM
baru gaji...belum lain2 yg lg lumayan

Hasil sakau mmg la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Sikit demi sikit kerja menteri ekonomi makin lama makin nampak hasilnya...walaun je yg masih in denial smpai skrg meroyan sbb Abahcow tak dapek jadi PM
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 03:47 PM | Show all posts
nak suh adik aku try... tgh ditimpa musibah ..

yang dibantu2 dibantu jugak..tapi tuan punya badan kene bangkit jugak..sampai bila nak dibantu...

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.429950 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list