CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56763|Reply: 8

[Tempatan] 'Saya bukan pergi honeymoon', Sanusi ucap terima kasih

[Copy link]
Post time 22-9-2024 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 23-9-2024 12:32 PM


ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM13 juta sebagai bantuan banjir di Kedah termasuk sumbangan kepada mangsa, pembersihan kawasan terjejas dan pembaikan infrastruktur.

Kata beliau, peruntukan RM10 juta itu adalah sumbangan kepada mangsa terjejas dan kerja-kerja pembersihan di seluruh Kedah, manakala RM3 juta khas untuk pembaikan infrastruktur pasca banjir di daerah Kota Setar.

“Di Kota Setar peruntukan sebanyak RM3 juta, manakala bagi keseluruhan negeri Kedah kita memperuntukkan RM10 juta untuk pastikan selepas banjir sekiranya ada apa-apa kerosakan atau ganti rugi yang munasabah.

“Saya minta Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara), ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri menyelaraskan hal ini supaya disegerakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, di sini hari ini.

Beliau turut melawat mangsa banjir di dua lagi PPS iaitu di Stadium Sultan Abdul Halim dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, di sini.

Kata Anwar, kerajaan pusat menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) terjejas banjir menerusi Nadma dan RM1,000 oleh ICU.


“Itu sudah sampaikan sekarang ini dan saya dengar Menteri Besar (Kedah) juga sebut negeri pun tambah.

“Tetapi yang penting adalah jika ada kerugian akibat (kematian) binatang ternakan dan kemusnahan hasil tanaman, yang mana itu harus kita teliti dan cuba ringankan beban ditanggung mangsa banjir,” ujarnya.

Beliau pada masa sama berkata, lawatannya pada hari ini juga adalah memastikan semua bantuan disalurkan agensi berkaitan dengan segera.

“Tujuan saya datang antara lain untuk memastikan perjalanan yang baik dan semua bantuan kepada rakyat disediakan termasuk melibatkan infrastruktur dan juga rakyat termasuk pesawah padi disegerakan,” jelasnya.

Katanya, setakat ini beliau berpuas hati dengan penyediaan keperluan kepada semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS.

“Saya puas hati dan Alhamdulillah kerana Kedah sudah biasa dengan pengalaman banjir ini. Saya harap (mangsa) bersabar dan saya tanya juga mutu makanan dan nampaknya ia dapat disediakan dengan baik iaitu empat kali sehari,” katanya.

Tambahnya, kerajaan Persekutuan juga akan terus memantau kemajuan empat projek tebatan banjir di Kedah bagi memastikan kesan kerosakan banjir pada masa depan dapat dikurangkan. – KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2024 08:48 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Balik dia nanti, kita dengar sembang deras dia pulak lagu mana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok perlekeh lagi Pineng pasai supply air (air selut ka apatah), negeri hang sendiri banjir tapi batang idung tak nampak.
Pi oberc pulak, urusan nak tengok tatakelola simpanan air bawah tanah.
Subjek yang berkait tapi amat berlawanan disitu.

Nasib la ko Nusi.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-9-2024 01:39 PM
Balik dia nanti, kita dengar sembang deras dia pulak lagu mana.

Waun dan wauntit ada boleh bekap Abg Nusi. Dah ambik cuti lama
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Punyalah nak membuktikan dia x bawak bini sampai ada gamba kat airport bini dia sambut berpeluk mcm baru balik dari perang.tapi bini tua jelaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-9-2024 01:39 PM
Balik dia nanti, kita dengar sembang deras dia pulak lagu mana.

Karok satu round lagu lena diulit intan-wings
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm kot ke bila tah ternampak mangsa banjir ni ada wat live kt pps tu, yg duk kt khemah tu laa
Komen2 semua duk puji Nusi, pasal apa taktau rupanya Nusi tkda pun kat kedah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 22-9-2024 01:43 PM
Dok perlekeh lagi Pineng pasai supply air (air selut ka apatah), negeri hang sendiri banjir tapi bat ...

takdak apa aih..esok dia balik sembang orang kampung sejuk hati la..musim mengundi esok confirm menang lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.089440 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list