CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7629|Reply: 0

[Sarawak] Proses ambil alih Affin Bank hampir selesai, dijangka diumum dalam seminggu lagi: Abang Johari

[Copy link]
Post time 23-9-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika berucap pada Majlis Sambutan Ke-100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku di Betong hari ini. - Gambar UKAS
KUCHING: Proses pengambilalihan majoriti pegangan saham dalam Affin Bank Bhd  (Affin Bank) oleh kerajaan Sarawak hampir selesai dan dijangka diumum dalam masa terdekat.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mengumumkan berita baik tersebut dalam tempoh seminggu lagi.

Menurutnya, semua proses yang diperlukan termasuk dengan Bank Negara Malaysia (BNM) telah berjalan dengan lancar.

"Kita hendak mengambil alih sebuah bank tidak lama lagi. Semua urusan sudah selesai, termasuk dengan pihak BNM juga sudah selesai.

"Jadi, tunggu sahaja (pengumuman) dalam tempoh seminggu ini," ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan 100 Tahun Rumah Panjang Nanga Samu, Paku di Betong hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Sarawak semakin hampir untuk mengukuhkan penguasaannya dalam sektor perbankan dengan cadangan pengambilalihan kepentingan majoriti dalam Affin Bank kini berada di peringkat akhir perbincangan.

Langkah itu dijangka selesai dalam masa terdekat, justeru membuka lembaran baharu dalam kerjasama antara Sarawak dan institusi perbankan itu.


Abang Johari dan tetamu kehormat melakukan upacara memotong kek bersama penghuni tertua Rumah Panjang Nanga Samu iaitu Chundi Ngabong yang dilahirkan pada 1922 dan kini berusia 102 tahun pada majlis tersebut. - Gambar UKAS

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Datuk Wan Razly Abdullah mengesahkan perbincangan sedang berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kami difahamkan ia sudah berada di peringkat akhir dan kami harap ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi," katanya ketika sidang media pelancaran segmen perbankan peribadi baharu kumpulan itu di Kuala Lumpur pada 3 September lalu.

Ketika ini, kerajaan Sarawak memegang 4.79 peratus kepentingan dalam Affin Bank.

Namun, hasrat Sarawak ialah meningkatkan pegangan sahamnya kepada sekitar 30 peratus, menjadikan negeri itu sebagai pemegang saham utama.

Ini bakal mengubah landskap pemilikan bank, di mana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini memegang 28.88 peratus saham dan Bank of East Asia Ltd dari Hong Kong memiliki 23.93 peratus.

Sementara itu, Abang Johari menzahirkan rasa gembira apabila Rumah Panjang Nanga Samu berjaya melahirkan 162 graduan cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sosiologi, seni, kejuruteraan dan teknologi setakat ini.

"Dengan kejayaan para graduan ini, saya yakin mereka dapat menyumbang kepada pembangunan Sarawak," katanya.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sedang giat membangunkan ekonomi mampan yang merupakan kaedah baharu untuk Sarawak mencapai status berpendapatan tinggi.

Oleh itu, beliau berharap rakyat termasuk penduduk Betong agar dapat mengadaptasi dan menerima teknologi  baharu seiring dengan agenda pembangunan negeri.

"Saya telah memperuntukkan RM1.5 bilion sebagai dana pembangunan untuk Betong bagi tempoh tiga tahun.

"Saya tahu generasi lama mungkin sukar untuk mengikuti perkembangan teknologi tetapi sekurang-kurangnya generasi muda mesti mempelajarinya," katanya.

Abang Johari menegaskan, ekonomi Sarawak mesti terus kukuh supaya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

"Apabila Sarawak kuat, Malaysia juga kuat. Kita mempunyai sumber semula jadi dan kita menggunakan teknologi, dengan ini kita boleh menjadi lebih kuat.

"Kita tidak lagi menggunakan kaedah tradisional, kita memilih kaedah baharu," katanya.

Sambil menekankan Rumah Panjang Nanga Samu telah berdiri selama 100 tahun, beliau berkata rumah panjang itu serta Sarawak boleh kekal kukuh selama 100 tahun lagi.

"Marilah kita kekal kuat dan terus berkembang untuk 100 tahun lagi. Bersama-sama, kita dapat melihat Sarawak yang lebih kuat," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.037685 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list