CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36329|Reply: 8

[Tempatan] Kebun sayur haram 14.86 hektar di dua hutan simpan Cameron Highlands dimusnahkan

[Copy link]
Post time 24-9-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Kebun sayur haram 14.86 hektar di dua hutan simpan Cameron Highlands dimusnahkan

https://www.bharian.com.my/berit ... n-cameron-highlands

Oleh Mohd Rafi Mamat - September 24, 2024 @ 3:31pm
[email protected]


Anggota serbuan memusnahkan struktur para tanaman kekacang di kawasan kebun sayur haram yang diusahakan dalam Hutan Simpan Bertam hasil operasi bersepadu di Cameron Highlands. - NSTP/ MOHD RAFI MAMAT

CAMERON HIGHLANDS: Kawasan kebun sayur seluas 14.86 hektar yang diusahakan secara haram di Hutan Simpan Mentiga dan Hutan Simpan Bertam, di sini, dimusnahkan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu, semalam.

Operasi bersepadu membabitkan 148 anggota daripada pelbagai agensi hasil maklumat risikan dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), sebelum tinjauan dilakukan mengesan kewujudan kebun sayur dalam dua kawasan hutan simpan terbabit.

Operasi kali ini dijalankan selama lima hari bermula semalam, dengan serbuan turut akan dilakukan di Hutan Simpan Batu Gangan dan Hutan Simpan Sungai Ichat.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Dr Grippin Akeng, berkata anggota risikan yang memasuki kawasan itu menemui kebun dengan tanaman kacang buncis, lobak, kubis dan bawang dipercayai diusahakan beberapa penduduk tempatan yang menggunakan pekerja warga asing.

Ketika serbuan, katanya pekerja warga asing yang mengusahakan kebun sempat melarikan diri selepas dipercayai terlebih dahulu menghidu pergerakan operasi.

"Semua tanaman sayur bersama binaan seperti stor baja dan pondok tempat tinggal pekerja yang ditemukan di kawasan diusahakan secara haram itu dimusnahkan bagi memastikan kegiatan berkenaan tidak terus berulang.

"Tindakan pemusnahan tanaman sayuran perlu diambil kerana ia menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 kerana menceroboh kawasan hutan simpan.

"Selepas pemusnahan, tindakan pemulihan dilakukan dengan menanam tanaman sesuai di tanah tinggi seperti pokok jenis gerok, meranti bukit, damar minyak dan ru bukit," katanya.

Sebelum ini, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah meluahkan kebimbangan mengenai tanah di Pahang yang 'dijajah' pendatang asing secara terang-terangan berpunca kurangnya nilai integriti.

Baginda memberi contoh tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha, tetapi kini disewakan kepada warga asing.

Mengulas lanjut, Grippin berkata pihaknya tidak pasti bila kawasan pertanian terbabit mula diteroka, namun kawasan diceroboh itu ditemui selepas semakan data perisikan dilakukan Jun lalu, selain tinjauan secara berkala kakitangan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands setiap bulan.

Beliau percaya, permintaan tinggi terhadap sayuran tanah tinggi Cameron Highlands menjadi faktor utama kegiatan menceroboh hutan simpan di daerah ini terus berlaku walaupun tindakan penguatkuasaan dilakukan berterusan.

Malah, pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat dalang penduduk tempatan yang menggunakan warga asing sebagai buruh pertanian sepenuh masa, manakala hasil pertanian dipasarkan oleh individu terbabit.

"Jabatan akan terus meningkatkan pemantauan di beberapa kawasan hutan simpan di daerah ini seperti Hutan Simpan Ulu Bertam, Hutan Simpan Batu Gangan, Hutan Simpan Sungai Wi dan Hutan Simpan Terisu bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 03:40 PM | Show all posts
Harap sempatlah kutip sayur dulu sebelum musnahkan kebun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 24-9-2024 03:40 PM
Harap sempatlah kutip sayur dulu sebelum musnahkan kebun.

Pokok Kobis vs Pokok Ru
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:59 PM | Show all posts
Ketika serbuan, katanya pekerja warga asing yang mengusahakan kebun sempat melarikan diri selepas dipercayai terlebih dahulu menghidu pergerakan operasi.


Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Rosak kawasan hutan simpan...mcm negara depa je depa buat
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:24 PM | Show all posts
dah kaya pun di tokey2 haram tu.

semua yg ada kuasa pun dah kenyang
mcm babi buntal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutan simpan gangan tu adala
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutan simpan gangan tu yg ada mossy forest tu. Tu pun kebun2 teh dah nak hampir sampai ke situ dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Wayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.080827 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list