CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22892|Reply: 3

[Tempatan] Orang Cina berjaya, kaya mesti bantu kaum lain - Mohamad Sabu​

[Copy link]
Post time 25-9-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode



Orang Cina berjaya, kaya mesti bantu kaum lain - Mohamad Sabu​Mohamad Fahd Rahmat
September 25, 2024 @ 4:01am
[email protected]



Datuk Seri Mohamad Sabu (kiri) dan Datuk Seri Tiong King Sing pada Majlis Kebudayaan Mahkota anjuran Persatuan Tarian Singa Yong An di Kluang, malam tadi. - BERNAMA

KLUANG: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyelar pihak yang mendakwa kerajaan hanya memberi tumpuan untuk mengayakan kaum Cina.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, bangsa lain seperti Melayu juga mesti mencari jalan bagaimana untuk menjadi lebih baik dari segi kekayaan.

"Orang Melayu misalnya mesti cari jalan bagaimana mereka boleh menjadi lebih baik. Orang Cina yang sudah berjaya pula mesti bantu kaum-kaum lain untuk berjaya.

"Barulah kita dapat membina negara yang aman dan sejahtera seterusnya menjadi negara yang paling hebat di rantau ini," katanya berucap pada Majlis Kebudayaan Mahkota anjuran Persatuan Tarian Singa Yong An, di sini malam tadi.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Mohamad berkata, kekayaan tidak boleh diperoleh sekiranya negara tidak aman dan rakyat yang berbilang kaum tidak menghormati satu sama lain.

"Masyarakat Cina serta kaum-kaum lain yang kaya banyak membayar cukai, sama ada cukai korporat, cukai syarikat atau cukai pendapatan kepada kerajaan.

Cukai itu, kerajaan agih semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan negara.

"Ertinya, semakin ramai rakyat yang kaya, negara juga makin kaya, kerajaan juga akan untung kerana kerajaan dapat guna duit itu (cukai) untuk bawa pembangunan kepada rakyat," katanya.

Tegasnya, kekacauan politik menyebabkan negara berisiko kehilangan keyakinan pelabur dan menyebabkan ekonomi terbantut, sedangkan protes terhadap kerajaan boleh dibuat melalui peti undi, bukan ditumbangkan di tengah jalan.

"Hari ini, negara kita aman dan kembali stabil, kita dapat lihat bukan sahaja pelabur asing mula datang, malah pelancong luar negara juga semakin ramai khususnya pelancong dari China," katanya.

Sementara itu, King Sing yang juga Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), menegaskan, kepelbagaian dan perpaduan Malaysia mesti dipelihara dan diraikan, manakala pandangan yang melampau wajar ditolak.

Justeru, beliau mengajak pemilik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memilih calon yang betul sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil (PRK) Sabtu ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2024 12:37 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 25-9-2024 12:41 PM

Sial betul nasib dan status bangsa china (dan bangsa pendatang lainnya) di malaysia di mata bangsa melayu ..masih dianggap "ancaman dan penganggu" dan dipelakukan sebagai "second level citizen"  walaupun mereka telah banyak memberikan sumbangan bagi Malaysia  di segala bidang atau sektor .. bahkan sumbangsih mereka jauh lebih besar dan significan dibandingkan bangsa melayu malaysia sendiri ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
"makanya kami cina malaysia mau pindah aja ke negara kohona...bisa pak nusaraya"??- Tiongkok
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 03:28 PM | Show all posts
Maksud bantu tu kasi diskaun ka, atau lumba lari kasi lepas dulu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.181166 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list