CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18569|Reply: 55

Sisi lain pelakon bertudung, siap tayang diri berbikini lagi

[Copy link]
Post time 26-9-2024 09:40 AM | Show all posts |Read mode
SEBELUM ini, Cik Bunga pernah mendengar satu gosip berkenaan dengan seorang pelakon dan penyanyi wanita ini. Kononnya, semasa dia bercinta dengan seorang bekas kekasihnya sebelum ini, dia pernah dipukul teruk oleh lelaki berkenaan.

Cik Bunga tidak pasti sejauh mana teruknya artis ini dipukul. Tetapi, dengar-dengarnya, teruk jugalah dan boleh klasifikasikan dia sebagai mangsa keganasan dalam perhubungan. Ingatkan sekadar khabar angin sahaja. Rupa-rupanya, memang hal itu betul.

Namun, apa yang mengejutkan Cik Bunga adalah apa yang menjadi punca pelakon wanita itu dipukul oleh bekas kekasihnya. Rupa-rupanya, dia ini masih belum meninggalkan perangai lamanya, kaki kelab malam dan kaki mabuk meskipun bertudung litup dan gemar berjubah.

Itu penampilan rasminyanya ketika ke acara-acara tertentu dan di mata umum. Namun, siapa sangka, satu sisi lain, dia juga mempunyai akaun kedua di media sosial. Akaun tersebut pula hanya untuk orang terdekat.

Kalau tengok dalam akaun Instagram yang itu, dahsyat gambar-gambar dan videonya. Tidak bertudung itu satu hal, seksi maut pun iya! Siap berbikini tahu. Jadi, bekas kekasihnya itu marah dan beranglah bila tengok kekasih sendiri tidak mahu berubah.
Maka disebabkan itulah sepanjang mereka menjalin hubungan cinta, kekasihnya itu menjadi orang yang sangat dominan dan gemar menentukan segala benda tentang diri pelakon itu.

Sebagai contoh, baju dan pakaian apa yang harus dipakainya pada setiap hari pun, kekasihnya itu yang tentukan. Tugasnya hanya kena sarung sahaja baju tersebut. Yang pasti, tidak boleh seksi kalau berada di luar.
Tetapi, kalau sudah sebati sifat degil dalam diri, mana mahunya dia mendengar kata manakala yang lelaki pula ada sifat panas baran, maka itulah yang berlaku kekerasan dalam hubungan tersebut.

Dipendekkan cerita, hubungan pun tidak panjang, putus di tengah jalan. Maka, lebih rancaklah si pelakon wanita ini ‘beraksi’ di belakang tabir. Soalan Cik Bunga cuma satu, sampai bila mahu ‘wayang’ imej Muslimah, baik-baik ini?

Sedikit demi sedikit orang tahu diri awak yang sebenar. Tinggal lagi tak ‘bocor’ gambar-gambar seksi dan liar awak itu sahaja. Tapi tidak mustahil ia akan terjadi.

Sumber : Utusan Online (Oleh CIK BUNGA, 22 September 2024, 9:00 pm)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 09:52 AM | Show all posts
adoii awal plak aku singgah...keluar jap nanti dtg balik aku x blh decode la
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:02 AM | Show all posts
sape weh..xde idea
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:06 AM | Show all posts
noni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa pulak ni..penyanyi pakai tudung yg blm kawin
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduhhh... Awal sgt masuk niee...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 10:14 AM | Show all posts
siapa penyanyi pompuan bertudung belum kawen...
takkan aina abdul dia bukan pelakon
kaknab dah kawen pulak

tak dapat nak teka sape
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:18 AM | Show all posts

noni bukan penyanyi
lagipun sape yg pukul dia? nizam? haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 10:21 AM | Show all posts
menanti sebuah jawaban....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 26-9-2024 10:18 AM
noni bukan penyanyi
lagipun sape yg pukul dia? nizam? haha

Noni start as penyanyi kan? Sheols kan budak AF
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Cek in..
Nnt habaq2 la sapa gerangan orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:42 AM | Show all posts
NickBaru1 replied at 26-9-2024 10:30 AM
Noni start as penyanyi kan? Sheols kan budak AF

ooo kesah...
noni ni belakon ok tapi tulah tingtong pula

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaknab dah kahwin
Wani barista dah kahwin
Nonny openly dah free hair
Nek shima mcm bukan je
Nunha bahrain ada berlakon ke
Anak nonis bukan penyanyi
Kaskas bukan penyanyi
Kila ibu peri dah kahwin blom?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:54 AM | Show all posts
i parking dulu..

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 10:55 AM | Show all posts
1. pempuan yg sentiasa berjubah bila keluar
2. bf tak suka dia seksi lalu pukul dia
- deii, klu tak suka pempuan seksi cari lah lain
mana boleh pukul2
3. pempuan ni blkg tabir takde sapa tau dia seksi
- Noni ada je gamba2 tayang2
yg ni belum bocor gamba tayang
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:00 AM | Show all posts
zizi kirana suka pakai jubah
tapi dia pun dah kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Cik bung mula la ni, banyak gossip2 cik bunga ni bergantungan bergentayangan.. Entah boleh percaya ke tak..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:11 AM | Show all posts
aishah azman ke...eh tp dia bkn penyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
sblm2 ni pun byk je gosip dari si makcik bunga ni berlalu sepi mcm tu je


Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 26-9-2024 11:03 AM
Cik bung mula la ni, banyak gossip2 cik bunga ni bergantungan bergentayangan.. Entah boleh percaya k ...

Cik bung berangan kuat sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.197753 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list