CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9708|Reply: 3

[Tempatan] 101 murid keracunan selepas makan ayam goreng, minuman coklat di kantin sekolah

[Copy link]
Post time 26-9-2024 12:03 PM | Show all posts |Read mode
101 murid keracunan selepas makan ayam goreng, minuman coklat di kantin sekolah

https://www.bharian.com.my/berit ... g-minuman-coklat-di

Oleh Muhamad Lokman Khairi - September 26, 2024 @ 10:06am
[email protected]


Hospital Raja Permaisuri Bainun. - Foto Bernama

IPOH: Seramai 101 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini mengalami keracunan dipercayai selepas makan ayam goreng dan minuman coklat di kantin sekolah semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu melalui sistem e-pemberitahuan pada jam 8 pagi semalam apabila lima murid menunjukkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam.

"Semua murid telah menerima rawatan di dua kemudahan kesihatan sekitar Ipoh. Ini mendorong Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Kinta menjalankan siasatan di sekolah berkenaan jam 10.30 pagi, semalam.

"Hasil siasatan pengesanan kes aktif, sejumlah 96 kes tambahan telah dikenal pasti menjelang jam 5 petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 101 membabitkan 50 murid perempuan dan 51 murid lelaki," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kantin SK Chepor diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Perak susulan 101 murid dilaporkan mengalami keracunan makanan. - Foto Ihsan Pembaca

Beliau berkata, sejumlah 101 kes menunjukkan gejala muntah, 84 kes mengalami cirit-birit, 68 kes mengalami sakit perut dan 24 kes mempunyai gejala demam.

"Tanda-tanda awal bermula pada tengah hari Selasa, manakala tanda-tanda terbaru semalam pada jam 8 pagi. Seorang murid dimasukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Seramai 62 murid lain menerima rawatan pesakit luar di klinik kesihatan berdekatan dan klinik swasta berhampiran rumah mereka

"Murid lain hanya mengalami gejala ringan dan telah berehat di rumah. Semua kes dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Siasatan awal mendapati makanan yang disyaki menjadi punca keracunan adalah minuman berperisa coklat dan ayam goreng yang disediakan di dapur kantin sekolah.

"Pelajar melaporkan bahawa minuman berperisa coklat yang dijual di kantin pada hari Selasa mempunyai bau 'masam' ketika diminum.

"Mereka juga mengadu bahawa ayam goreng tidak dimasak sepenuhnya dengan sebahagian daging ayam masih mentah.

"Agen yang disyaki menyebabkan keracunan adalah Salmonella spp, berdasarkan gejala dan tempoh inkubasi kes," katanya.

Beliau berkata itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengeluarkan arahan untuk menutup kantin sekolah selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

"Selain itu, denda juga telah dikenakan atas pelanggaran memakai aksesori semasa mengendalikan makanan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Air coklat serbuk dari mana. Ke dari Ais ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak sedare iols sekolah sini..
Dia kata takde minum.ayor tu...
Mujur le..
Kesian la budak2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je kantin tu......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.236264 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list