View: 29060|Reply: 0
|
[Tempatan]
‘Dana J-Kom bawah kelulusan KSU Kementerian Komunikasi’, Khairuddin jawab tuduhan
[Copy link]
|
|
‘Dana J-Kom bawah kelulusan KSU Kementerian Komunikasi’, Khairuddin jawab tuduhan
https://www.freemalaysiatoday.co ... ddin-jawab-tuduhan/
Faiz Zainudin
26 Sep 2024, 04:30 PM
Khairuddin Othman mahu membersihkan namanya daripada tuduhan berat dicanang pihak tertentu. (Gambar Bernama)
Khairuddin Othman nafi membazir dana awam sepanjang enam bulan memegang jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
PETALING JAYA: Khairuddin Othman menafikan dakwaan membazir dana awam yang dikatakan antara punca penamatan perkhidmatannya sebagai ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) hanya selepas enam bulan dilantik.
Bercakap kepada FMT, Khairuddin mendakwa wujud gerakan berniat jahat dan usaha mencalar imejnya sedangkan beliau telah mengikuti prosedur ditetapkan termasuk dari segi perbelanjaan untuk operasi agensi terbabit.
Tegasnya, segala dana J-Kom di bawah Kementerian Komunikasi yang kelulusannya dibuat ketua setiausaha.
Mana mungkin saya salah guna dana J-Kom dalam masa enam bulan pegang jawatan, sistem kewangan kementerian terlalu baru untuk saya, kata bekas exco Selangor itu yang menegaskan dirinya pada awal tidak mahu melayan sebarang spekulasi.
Tetapi saya perlu tampil untuk membersihkan nama daripada tuduhan berat dicanang pihak tertentu.
Semalam, FMT melaporkan sumber berkata Khairuddin digugurkan daripada jawatan ketua pengarah J-Kom hanya selepas enam bulan dilantik kerana dakwaan berlakunya pelbagai salah laku, termasuk pembaziran dana.
Sumber enggan namanya disiarkan itu mendakwa di bawah pengawasan Khairuddin, J-Kom menjalankan program dan perolehan melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Khairuddin juga didakwa melaksanakan pelbagai program untuk jabatan itu, termasuk perjalanan ke luar negara, yang tidak membawa impak tinggi, menurut sumber terbabit.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang media semalam enggan mendedahkan punca penamatan kontrak Khairuddin yang berkuat kuasa semalam, namun menyifatkannya sebagai ‘biasa’.
Khairuddin bekas Adun Paya Jaras dua penggal, dilantik menjadi ketua pengarah J-Kom pada 1 Mac, menggantikan Muhammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November tahun lalu susulan kontroversi perbualan lucah dengan seorang lelaki.
Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengajian perang saraf media dan informasi.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|