CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 35009|Reply: 33

[Tempatan] 2 maut diserang gajah liar belakang SK Felda Tenggaroh. #2, [KEMAS KINI] Cuba halau gajah, tukang kebun maut, rakan parah diserang

[Copy link]
Post time 26-9-2024 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 26-9-2024 09:42 AM

2 maut diserang gajah liar belakang SK Felda Tenggaroh

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... sk-felda-tenggaroh/

Oleh KOSMO!
26 September 2024, 3:19 pm


PENDUDUK kampung mengangkat salah seorang mangsa serangan gajah liar di Felda Tenggaroh, Mersing, hari ini. - Foto IHSAN PEMBACA

MERSING – Dua lelaki dewasa menemui ajal selepas disyaki menjadi mangsa serangan gajah liar dalam kejadian di belakang Sekolah Kebangsaan Felda Tenggaroh 5 di sini, pagi tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa bekerja sebagai tukang kebun di sekolah terbabit.

Bagaimanapun, Kosmo! sedang mendapatkan maklumat berkaitan kejadian serangan haiwan liar terbabit.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2024 05:41 PM | Show all posts
[KEMAS KINI] Cuba halau gajah, tukang kebun maut, rakan parah diserang

https://www.kosmo.com.my/2024/09 ... kan-parah-diserang/

Oleh MASTURAH SURADI
26 September 2024, 5:00 pm


GAJAH yang dipercayai menyerang dua penduduk dalam kejadian di belakang SK LKTP Tenggaroh, Mersing, hari ini.

MERSING – Seorang tukang kebun maut manakala rakannya cedera selepas diserang gajah ketika cuba menghalau haiwan liar itu di kawasan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) LKTP Tenggaroh di Mersing di sini, pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, K. Raven Kumar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Pengurus Felda terbabit tentang kehadiran gajah berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pengurus berkenaan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tindakan lanjut.

“Pengurus maklumkan penduduk sekitar agar tidak ganggu atau dekati kawasan gajah terbabit. Bagaimanapun pada pukul 11.30 pagi, pengurus terima panggilan mengatakan terdapat dua individu diserang dan dipijak gajah.

“Difahamkan seorang mangsa maut ,manakala seorang lagi cedera dan masih menerima rawatan di Hospital Mersing akibat kejadian itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Raven Kumar berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa diserang selepas mereka dipercayai mendekati gajah berkenaan bagi tujuan menghalaunya dengan membawa kayu.

Tambahnya, sebelum ini gajah juga pernah dilihat berkeliaran di beberapa kawasan agak jauh daripada lokasi kejadian.

Menurutnya, malah pihaknya juga menasihati orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya terserempak dengan haiwan berkenaan.

“Mereka sepatutnya menjauhi haiwan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. Mengikut maklumat diterima menerusi pemantauan dron dilakukan, gajah berkenaan bergerak ke kawasan lain,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, pihaknya sudah menerima maklumat berkaitan kejadian. – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi dari 8.30 hingga ke 11.30 tu apa tindakan yang dibuat lepas terima panggilan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:13 PM | Show all posts
sekolah takde pagar ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau ilmu x sehebat tarzan x perlu tunjuk hero nak halau gajah..gajah kot apa yang boleh buat dia takut? Singa n harimau pun takut ngan gajah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 26-9-2024 06:43 PM
Klau ilmu x sehebat tarzan x perlu tunjuk hero nak halau gajah..gajah kot apa yang boleh buat dia ta ...

Kan..berani tak bertempat ni..hanya peluru pelali je boleh control haiwan ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2024 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian. Tak pasal2 mati.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 26-9-2024 07:00 PM
Kan..berani tak bertempat ni..hanya peluru pelali je boleh control haiwan ni...

Akak dengar2 gajah takut tikus sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2024 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Kt sekolah kan ada pagar dh knp dok pi halau gajah tu guna kayu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 26-9-2024 06:08 PM
Jadi dari 8.30 hingga ke 11.30 tu apa tindakan yang dibuat lepas terima panggilan

Diorg nak bawak masuk dlm mtg exco dulu kot?

....dlm kes ni pengurus & adun blh x disalahkan sbb x amik peduli mcm kes warden kes bunuh sterika kt upnm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 26-9-2024 08:02 PM

dorg riso gajah kacau budak budak gamaknya? kot riso budak gajah tu dlm area deme. takziah pd family mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
lightheaded67 replied at 26-9-2024 08:01 PM
dorg riso gajah kacau budak budak gamaknya? kot riso budak gajah tu dlm area deme. takziah pd family ...

Haah terpikir benda yang sama. Risau kot gajah ceroboh masuk ke kawasan sekolah, tak ke naya budak2. Tu yang mangsa cuba nak halau tapi tak sangka nak jadi camni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2024 11:55 PM | Show all posts
Sekolah tu tepi hutan ka? Bukan ka biasanya sekolah, pejabat, balai raya lokasinya di tengah2 penempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 06:48 AM | Show all posts
Tak payah jadi hero. Panggil  perhilitan atau pihak berwajib , kosongkan bangunan. Itu shj sepatutnya sop kalau ada benda2 emergency macam ni.
Sedih kalau benda2 macam ni amik lightly.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak berbaloi. Halau gajah ni bukan kerja di dalam kemampuan dia. Cukup sekadar alert pihak sekolah dan call pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lama korang hidup tak tau ada sekolah literally dalam hutan sebab kampung pun dekat hutan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat Borneo, boya bunuh manusia.

Kat Semenanjung, gajah dan rimau pulak bunuh manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 26-9-2024 09:29 PM
Haah terpikir benda yang sama. Risau kot gajah ceroboh masuk ke kawasan sekolah, tak ke naya budak ...

tulah gamaknye kan huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:57 AM | Show all posts
bila kawasan dia jadi padang jarak padang tekukur
macam tu la jadi
tak salahkan gajah sebab haiwan tak berotak
nak salahkan manusia tu pun kesian jugak
dia nak tolong halau
takut agaknya nanti time rehat ke apa2 murid2 ramai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.953636 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list