View: 34904|Reply: 10
|
Tiba masa ambil serius isu buang sampah merata – Kor Ming
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Sudah tiba masanya untuk semua pihak mengambil serius terhadap isu membuang sampah merata-rata, lebih-lebih lagi apabila Malaysia dijadualkan akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara antarabangsa bermula tahun hadapan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, selain menjadi tuan rumah sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025, negara juga akan menyambut ketibaan pelancong bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.
“Kita hendak sasarkan ketibaan pelancong asing seramai 35 juta orang dengan pendapatan daripada industri pelancongan kira-kira RM147 bilion.
“Oleh itu, amat penting untuk kita beri tanggapan baik kepada negara tercinta memandangkan sekarang ini adalah zaman sosial media, jika kita tidak jaga kebersihan maka apabila pelancong asing datang, mereka buat video TikTok, nama negara kita terjejas,” katanya.
Kor Ming berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas Majlis Pra Pelancaran Sambutan Hari Cuci Malaysia 2024 di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) di sini hari ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung perkembangan kajian pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), beliau memaklumkan bahawa pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun hadapan setelah mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri.
Menurut Kor Ming, beliau melihat terdapat keperluan untuk meminda akta tersebut kerana hukuman khidmat sosial terhadap pesalah yang membuang sampah merata-rata terbukti berkesan seperti yang telah dilaksanakan oleh beberapa negara maju.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
isu bertahun kes buangan haram dari kilang bahan kimia beracun ditepi semak dan didalam sungai tu jangan buat tak nampak ye |
|
|
|
|
|
|
|
Denda kena serius la. 1 Puntung rokok buang denda RM 1 K. |
|
|
|
|
|
|
|
Tong2 sampah kena sediakan dulu. Kalau tak org nak buang dimana. Byk je tempat takde tong sampah disediakan. Mcm kat sepanjang shoplot. |
|
|
|
|
|
|
|
ahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tengok di YouTube pavement dan landscaping di persekitaran klcc, bukit bintang, jalan sultan Ismail, jalan imbi….ataupun senang cakap satu kl tu masih lagi kelihatan seperti di tahun 80an.
Masih Ada Rohingya duduk di atas tempat pejalan kaki bersama anak kecil ambil meminta sedekah.
Banggunan sahaja nampak modern dan bersih Tapi pavements dan landscape masih jauh ketinggalan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak boleh ke belajar dari Singapore? |
|
|
|
|
|
|
|
"Malezia worang memang ini macam ka..sukaa buang sampah..banyak tiruk"-Rohingya |
|
|
|
|
|
|
|
Bila bangsa berak dalam lif,kencing dalam cawan restoran bercakap pasal kebersihan..tahiniah komeng.. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik cakap dengan owner kilang bangsa acik boleh tak yang buang sisa kimia ke yang owner kilang ternakan salur air najis kumbah kat sungai. Boleh!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|