CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25251|Reply: 40

[Tempatan] ‘Check-in’ lambat, keluar awal: Persatuan Pengguna mahu kerajaan selaras, gubal peraturan hotel

[Copy link]
Post time 27-9-2024 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 27-9-2024 11:53 AM

PETALING JAYA: Persatuan pengguna seru kerajaan gubal peraturan untuk selaras waktu daftar masuk dan keluar hotel agar setimpal dengan tempahan bermalam.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata adalah tidak wajar mengubah waktu ‘check-in’ dan ‘check-out’ sehingga menyebabkan tempoh penginapan tetamu menjadi lebih singkat daripada kebiasaan.

Timbalan Setiausaha Agung Nur Asyikin Aminuddin mengesyorkan pendaftaran diselaras mengikut amalan lazim iaitu daftar masuk 3 petang dan daftar keluar 12 tengah hari. Adalah sangat tidak adil untuk pengguna yang sudah bayar untuk ‘rate per night’, katanya kepada FMT.

Kerajaan kena keluarkan peraturan untuk pihak hotel supaya mereka ada panduan untuk patuhi.

Baru-baru ini tular di X catatan seorang pengguna platform itu yang tidak berpuas hati apabila hotel tertentu menetapkan daftar masuk pada 4 petang manakala daftar keluar pada 11 pagi.

Pengguna lain berkata masa menginap harus setimpal dengan bayaran bilik yang mahal.

Pemain industri yang dihubungi FMT menjelaskan bahawa hotel mengatur waktu daftar masuk dan keluar berdasarkan keperluan operasi, misalnya penghunian yang tinggi, inventori bilik yang besar, serta kekurangan pekerja.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia, Khoo Boo Lim, menjelaskan pendaftaran ditetapkan pada waktu tertentu agar bilik dapat disediakan ‘tepat pada masa’.

Daripada menerima aduan susulan penyediaan bilik yang tidak dibersihkan dengan betul, pihak hotel lebih suka menasihati tetamu mengenai masa daftar masuk dan keluar semasa mereka membuat tempahan, katanya.

Dalam pada itu, Khoo berkata masa pendaftaran keluar-masuk yang biasa diamalkan hotel bukan ‘waktu rasmi’. Tiada peraturan di mana hotel perlu mematuhinya kerana ia bukan waktu ‘official’, katanya.


FreeMalaysiaToday

Single Polls, Total 41 Users voted

Count down: 947 Days17 Hours18 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 08:11 AM | Show all posts
Edited by rbmy at 27-9-2024 08:12 AM

takde makna la kdg jam 3 pun belum siap hotel nye ready.
patut hotel kena fikir kalau orang dah booked bilik tu ...
if ada yg nak stay extend jgn la amik.
sebab dah sah2 ko dpt bayaran dah utk hari tu kan?

katakan,
aku check in 27/9 - 28/9 :  bayar utk sehari (3.00 petang - 12.00 tghari)
RM200.00 so hotel kena sediakan la. buat apa nak terima bayaran extend dari si polan yg mungkin (RM50.00) saja.
ape kehal tamak haloba?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekadang lambat sampai pukul 11 malam pun, esok pagi nak kena check out pukul 11. Hampagas.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
hahaaa org hotel pulak kena kacau
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:19 AM | Show all posts
kata ekonomi dah ok..
kenapa kedekut sangat nak hire cleaner..
kalau kata hari biasa bisnes tak berapa cuma laju time holiday, then cari la part timer..
bayar sejam 15 hengget ramai je nak..
start pukul 12 - pukul 2 je pun sehari untuk cleaning..
amik 10 orang part timer pun baru rm300 untuk cleaning sehari tu..
takat tukar bedsheet towel, cuci toilet, sapu/vacum bilik takkan sampai sejam satu bilik..
tu pun ada jugak jenis nak jimat tak tukar cuci segala kan..
bila orang pilih gi telen, kau jugak bising orang tak melancong dalam negara..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 10:56 AM | Show all posts
setuju, consumer right pun senyap je pasal ni

ppim lagi lar

patut dah kena selaras dah stay hour tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2024 11:09 AM | Show all posts
setuju. nk share my experience bulan lepas sebuah hotel kat kl. check in pukul 3, aku plk travel dari jauh, nak check awal sikit pun xlbh. pukul 9 pagi esok, hotel dah call minta check out before 11. baik aku sewa homestay macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:11 AM | Show all posts
nak beri tekanan kpd hoteliers senang je, perbanyakkan homestay dan airbnb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 11:17 AM | Show all posts
sewa jek hotel lain...or homestay ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
iolls ada terbaca komen dr pkerja hotel..x igt kt mana..bunyik dia diorg busy prepare bilik lah.  Ok iolls accept tapi dulu2 elok je officially state kan check in awal contoh pkl 12. Why skrg x blh prepare awal mcm bese plak? Apa timing dunia ni dah berubah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:38 AM | Show all posts
fanaz82 replied at 27-9-2024 11:09 AM
setuju. nk share my experience bulan lepas sebuah hotel kat kl. check in pukul 3, aku plk travel dar ...

hotel mana ni?cuba share nama hotel kot boleh elakkan
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 11:40 AM | Show all posts
tadi terbaca berita MITC guna konsep check in 24jam...boleh checkin seawal 10am...bes tu...i olls pernah tido sana sekali, murah ya..dalam 150 ja
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon geram jugak kalau tulis check in pukul 3,  tapi pukul 5 bilik tak ready lagi. Pukul 11 dah sibuk suruh orang keluar. Sepatutnya hotel kena compensate bila hotel yg lambat bagi bilik. Geram aku.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasalah. Hotel, homestay ni kadang tamak. Dia fikir untung dia je. Dia ingat pengguna tak reti ke nak kira untung rugi ni.

Check in 2pm, check out 12 pm. Ni ok dah
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang check in hotel mana ni?
Iols ok je check in awal boleh,check lambat pun xde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 02:40 PM | Show all posts
otel BKK okey jah nak check out 1pm

takde hal.. lebih pun ok, tp dia charge jam

otel jepun pun sama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya hotel yang suruh orang checkout cecepat pun bukannya penuh mana. Kosser mak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 02:48 PM | Show all posts
apesal thread satu g ramai sakai2 yang setuju 4-11?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 03:22 PM | Show all posts
Tak perlu regulate masa keluar masuk cuma wajibkan hotel declare terang2 boleh?

In the end, consumer decide.

Sekarang ni pun dah ada hotel yang offer day use. Ikut jam pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2024 03:31 PM | Show all posts
rbmy replied at 27-9-2024 08:11 AM
takde makna la kdg jam 3 pun belum siap hotel nye ready.
patut hotel kena fikir kalau orang dah book ...

Aku percaya isu late check in ni purely manpower bukan untuk membolehkan extended check out. Late check out tu biasanya dorang bagi kalau betul2 kosong otherwise dorang halau juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.516775 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list