View: 62810|Reply: 19
|
[Tempatan]
'Saka tua tak nak ungkit kisah lama banduan terhormat'
[Copy link]
|
|
'Saka tua tak nak ungkit kisah lama banduan terhormat'
https://www.malaysiakini.com/news/720720
Diterbitkan: Sep 27, 2024 2:18 PM
Dikemaskini: 2:52 PM
Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu untuk berkongsi pandangannya selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat" yang dipenjarakan akibat konspirasi politik jahat terhadapnya.
"Tidak sebut nama tetapi sayalah sang saka tua yang zalim dan menindas rakyat.
"Rakyat tentu ingat semasa saya PM kali pertama dan Anwar dipecat oleh Umno pada tahun 1998, ada dua kes yang di hadapinya. Pertama kerana salah guna kuasa dan keduanya salah laku seks," kata bekas perdana menteri pada hantaran di media sosial.
Mahathir berkata Anwar disabitkan atas tuduhan pertama salah guna kuasa tetapi berjaya membatalkan sabitan tuduhan kedua (kes liwat) semasa proses rayuan.
“Namun begitu, hakim ketika membuat keputusan membebas Anwar, menyatakan bahawa mereka percaya bahawa salah laku seks itu memang benar berlaku," katanya.
Mahathir merujuk hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Abdul Hamid Mohamed, yang disebut peguam Anwar pada masa itu, mendiang Karpal Singh sebagai hakim yang bercanggah dengan dirinya sendiri apabila menyatakan terdapat bukti menunjukkan anak guamnya terlibat aktiviti homoseksual ketika membebaskannya.
Karpal meminta hakim itu untuk memadamkan kenyataan tersebut dalam penghakiman sepanjang 89 muka surat atas dasar keadilan dan penghakiman yang adil.
“Kenyataan ini telah menyebabkan sesetengah pihak mengatakan Anwar bersalah atas tuduhan homoseksual tetapi dibebaskan semata-mata atas sebab teknikal, sedangkan itu bukanlah pendirian undang-undang yang sebenar,” kata Karpal.
Anwar, yang menghabiskan lima tahun dalam penjara dari 1999 hingga 2004, bertegas tuduhan-tuduhan tersebut direka oleh Mahathir dan pihak yang bersamanya, dakwaan yang dinafikan bekas perdana menteri itu.
Pada hantarannya di Facebook, Mahathir menegaskan dia bukan lagi perdana menteri apabila Anwar dikenakan tuduhan salah laku seksual kedua, yang didakwa Anwar sebagai palsu juga.
"Tetapi ketiga-tiga peringkat mahkamah mendapati Anwar bersalah.
"Perdana menteri pada masa itu ialah Najib dan menteri dalam negeri ketika itu ialah Zahid Hamidi. Siapa dia sang saka pada masa itu tidak disebut.
"Walaupun Anwar pada 2015 telah kecam Zahid kerana menghalang Anwar dari berjumpa dengan peguamnya dalam 16 kes sivil dan jenayah," kata Mahathir yang juga bekas ahli parlimen Langkawi.
Mahathir berkata, PH yang diterajui oleh Anwar menamakan dia sebagai calon perdana menteri menjelang pilihan raya umum bersejarah 2018 dengan syarat dia menyerahkan jawatan itu kepada Anwar apabila dia meletak jawatan.
“Saya juga bersetuju untuk Anwar yang masih ada hanya satu tahun dalam penjara dibebaskan.
"Malang bagi Anwar, kerajaan Pakatan Harapan jatuh apabila enam wakil rakyat Bersatu dan 10 wakil rakyat PKR keluar dari Pakatan Harapan. Tidak dapatlah saya serah jawatan perdana menteri kepada Anwar.
"Yang jadi perdana menteri lepas saya ialah Muhyiddin,” tambahnya.
Pengkritik menuduh Mahathir tidak pernah berniat untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar dan hanya bersetuju dengan gencatan senjata semata-mata demi menjatuhkan Najib, perdana menteri kedua yang disokongnya dan kemudian disingkirkannya juga selepas Abdullah Ahmad Badawi.
Sabtu lalu, Anwar membidas pembangkang yang sering menggunakan statusnya sebagai bekas banduan sebagai modal untuk mengkritik pentadbirannya.
“Ya, saya memang bekas banduan, tapi banduan terhormat dengan tuduhan zalim dan keji," tegasnya.
Kata Anwar semasa menjadi mangsa kezaliman ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu, pada waktu Mahathir perdana menteri buat kali pertama, terdapat tokoh besar pembangkang yang tampil membelanya.
Dia menyebut bekas presiden PAS Allahyarham Fadzil Mohd Noor dan bekas mursyidul am PAS Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, serta bekas imam besar Masjid Negara yang juga tokoh maal hijrah Kedah Taib Azamudden Mohd Taib, sebagai antara mereka yang membelanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kisah liwat meliwat ni dah jadi isu mainstream di malaysia...lebih penting dr ekonomi |
|
|
|
|
|
|
|
Dorang berdu ni akan gado sampai pak jamil mampos! |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu selepas Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat"
Dr Mahathir Mohamad berkata dia tidak mahu mengungkit kisah lama tetapi merasakan perlu untuk berkongsi pandangannya. Ini selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan dirinya sebagai "banduan terhormat".
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakapeliwat Pujaan konco2 jubotaik @manop @stingertaik @makhlukpenggoda @Tumpang-Sibok @kemaruktaik sila hadam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 27-9-2024 10:53 PM
Kot ye pun kemain hebat Tun M nak orchestrate semua benda sampai Hakim pun geng dia, kalau gitu baik Tun M jadi penulis buku thriller macam John Grisham atau buat movie kalah Steven Spielberg. |
|
|
|
|
|
|
|
At least saka tua takde la mcm aljiburi masuk court sb pendakwaan kes liwat...siap bawak tilam masuk court..
Apa khabar agaknya Sukma, zizan dan Sepol sekarang ni...
Opss lupa...Jam omega china doll dah jumpa ke..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pengundi Langkawi kirim salammmm!!! |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kita tengok siapa yg kenaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tun sudi tumpahkan teh byk2 psl darkside BT ni….gen stoberi mcm konco2 manoptaik ni smua mmg x tahu langsung cite di blakang tabir ni smua, maklumlah meka masih lagi dalam bentuk kejadian sperm yg kureng berkualitas tp still menetas jadi spesis baru, gen walanon yg memuja abunon yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
hakim Hamid tu pun masih hidup
sape tau mana nak baca yg 89 muka surat tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 28-9-2024 05:07 AM
Semoga tun sudi tumpahkan teh byk2 psl darkside BT ni….gen stoberi mcm konco2 manoptaik ni smua mmg ...
aku penyokong reformasi since starting time pun dah nyampah dah depa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Banduan terhormat ka terpaling ka apa kesan pada dia? Bitter selagi bernyawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah la terpanggil2 Tun your time is over pi lah rehat umur pun dah dekat seratus tahun reta dah tentu2 sampai 10 keturunan pun x habis anak cucu semua terjamin nak duduk overseas tak balik pun boleh. Leave it to the others apa lagi u boleh buat nothing much now. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha, Mahathir sentap.
Kalau dah dalam kubur, boleh trigger dia bangkit dari perkuburan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak puas hati dengan Tunku Abdul Rahman. PM yang bukan pilihan dia,dia tak puas hati. PM pilihan dia pun tak puas hati. Dia sorang aje yang betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon Tun M tumpahkan teh sampai banjir kilat |
|
|
|
|
|
|
|
saka kerala dah habis modal ....kubu sendiri pun kena tendang keluor |
|
|
|
|
|
|
| |
|