View: 38313|Reply: 17
|
[Jenayah]
Bukan sahaja cukai, GISB tak pernah bayar zakat
[Copy link]
|
|
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Divisyen Kutipan Mohd Fikri Naim Harun berkata walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam geng2 dorang kan ramai asnaf takde pendapatan tetap. Bayar zakat pada geng sendiri ja lah.
Nak bukti resit? Boleh print.
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah anak yatim kelolaan dioarang ada apply bantuan zakat tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Aoa dehal?? Tambah je logo Recycle yg ada 3 arrow bentuk segi tiga tu dkt logo GIBSH tu.
Yelah, yg atas2 tu kan kaya raya, sedekah dan kasi zakat, by hand jelah, dkt pengikut2 bawahan yg semua otak udang penuh taik tu semua. Kan senang. Internal gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kopipes jap, kang ada yg komen takde efbi puleks
GISBH DAN TEKNIK ‘SMURFING’ – PART 1
1. ‘SMURF’ adalah kartun masa aku zaman budak-budak. SMURF ni adalah komuniti segolongan makhluk warna biru, beraktiviti dan bermuamalat sesama mereka. ‘SMURF’ ni ada Chairman dia namanya ‘PAPA SMURF’. Segala aktiviti ahli Smurf dikawal oleh ‘PAPA SMURF’.
2. ‘SMURF’ ni ada musuh dia, dipanggil ‘GARGAMEL’. Gargamel ni ahli sihir yang jahat gila. Dia akan cuba tangkap smurf-smurf nih.
3. Kenapa aku dok cerita pasal Smurf dengan GISBH ni? Tengok gaya GISBH ni dah lama pakai teknik ‘SMURFING’ ni.
4. Dalam aktiviti cuci-duit atau MONEY-LAUNDERING, kena ada 3 aktiviti asas: a) PLACEMENT (Penempatan), b) LAYERING (Melapis), dan c) INTEGRATION (Integrasi). Teknik Smurfing ni basic 101 dalam proses layering (melapis).
5. Masalah cuci-duit ni bila nak cuci dalam jumlah yang banyak. Masa ni lah diperlukan smurf-smurf untuk cuci duit tu. Kalau nak transfer duit sekali banyak akan trigger Polis atau BNM.
6. JADI bagi amaun yang besar, lalu DIPECAHKAN kepada jumlah kecil. Masa ni lah smurf-smurf diperlukan dalam proses layering. Mereka ini lah yang diperlukan bagi menggerakkan duit dalam jumlah kecil.
7. Ini termasuk memasukkan duit-duit dalam amaun yang kecil dalam akaun-akaun yang bertebaran bagi mengelirukan penguatkuasa. Lepas tu lah, duit-duit ini akan dikumpul balik dan diintegrasi balik ke dalam ekonomi sebagai duit bersih. So far, boleh ikut kan?
8. OK. Akaun GISBH yang PUKAS disclose tu, adalah standard account yang perlu di hantar ke SSM. Ni akaun tahun 2021 ni, latest akaun yang disimpan kat SSM. Banyak pulak persoalan akaun ni. Amat menarik pasal diorang RUGI semasa RM137,621..... TAPI tak terkejut pasal 2021 ni time PKP.
9. Lagi menarik pasal rekod KERUGIAN TERKUMPUL (rugi dari tahun-tahun sebelum tu) sebanyak RM2,837,124. Dengan LOW DIRECT COST pasal pekerjanya semuanya sukarelawan, profit GISBH dah kalahkan Speedmart. TAPI RUGI beb hehehe ????
10. So far dapat Unqualified Report dari auditor dia. Tak pulak dapat Emphasis of Matters atau Qualified Report atas isu Going Concern. Mungkin pasal Total Assets RM6,087,043 masih besar dari Total Liabilities = RM5,941,767.
11. Ikutkan kalau meniaga dok asyik rugi, kita kecilkan skala perniagaan tu. Ini tak, lagi rancak buat bisnes tu hehehehehe… siap ada projek nelayan laut dalam dalam, beli kapal besau.
12. Ikut pada nama, GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) macam Ultimate Holding Company. Maksudnya, syarikat ni adalah holding company, yang paling atas. Kat bawah tu mesti banyak anak syarikat atau syarikat bersekutu.
13. Kalau GISBH ADA BANYAK anak syarikat (Subsidiaries) dan syarikat BERSEKUTU (Associate Companies), kenapa tak submit CONSOLIDATED ACCOUNT (akaun Holding Company yang disatukan dengan anak syarikat yang lain)?
14. PASAL GISBH ni bukan Holding Company dalam erti kata sebenar. Akaun yang disimpan ke SSM adalah UNCONSOLIDATED ACCOUNT. Ia adalah result company on its own (akaun individu GISBH sahaja).
15. GISBH nih takde pun subsidiaries ATAU associate companies kat bawahnya pun. Pasal tu lah diorang submit Un-Consolidated Account pada SSM. Nama aje Holding company. Ni semua effect drama melayu Megah Holdings ????????????
16. Depa ni, bukan bab akidah aje nak bertakiyah, dengan akaun pun nak bertakiyah jugak ????????
17. SO CALLED anak- syarikat atau pun syarikat bersekutu, hanya lah independent companies atau enterprises yang bertebaran, dan SENGAJA diwujudkan tanpa ada formal relation dengan GISBH nih.
18. Dan ENTERPRISES tu bukan lah syarikat pun. Enterprise ni hanyalah Business Registration. Bayar RM70 kat SSM, kau dapatlah register enterprise tu. Enterprise ni tak boleh di angkat sebagai anak syarikat pun. Dan enterprise ni takde kewajipan untuk diaudit.
19. Ada satu video dari Bani Tamim pi cakap (I guess, slip of mouth...), menyatakan syarikat-syarikat perniagaan mereka di bawah GISBH adalah dalam bentuk ENTERPRISE hahahahahaha..
20. Ada satu video dari ahli GISBH yang cakap dia join business dengan GISBH dalam bentuk Enterprise. Dia cakap dia adalah SYARIKAT BERSEKUTU dengan GISBH.. ???? ????
21. Tu pasal DENGAN CEPAT syarikat dan enterprises diorang ni tukar signboard lah, tukar nama kedai, then cakap mereka takde relation dengan GISBH nih. Depa terus claim kata mereka takde hubungan dengan GISBH ni masa Polis raid depa. Diorang just cakap dapat training dari GISBH aje.
22. Lepas ni, korang cuba jangan buat video lagi boleh tak? Ni dengan Nasir, Mokhtar, ahli GISB bukak rahsia sendiri kat public. Lepas tu nak salahkan Polis tangkap korang. Sama cam Alip
23. Mokhtar pun cakap rumah-rumah amal tu di bawah GISBH dalam podcast Cap, ditubuhkan bawah ROS. Jadi rumah-rumah amal ni level NGOs ajelah, takkan direkod sebagai anak syarikat.
24. SEBENARNYA, syarikat dan enterprise yang bertebaran ni BERSERTA rumah amal yang kononnya tak terkait dengan GISBH ini lah SMURF-SMURF GISBH, ESPECIALLY RUMAH AMAL.
25. Rumah-rumah amal ni lah CASH COW depa. Pasal diorang tahu orang Malaysia ni memang pemurah, lebih lagi kepada anak yatim. JADI diorang pun yatimkan anak-anak ahli nih. Kasi bin atau binti kan Abdullah kat budak-budak tu.
26. Sebagai precaution, rumah amal ini pun di struktur supaya tidak terkait secara direct dengan GISBH ni. Dah ada laporan rumah-rumah amal yang PDRM raid hari tu, diorang claim bukan di bawah GISBH. TAPI, mereka hanya DILATIH oleh GISBH hahahahaha…
27. Dalam FASA 1, BNM bukan sahaja bekukan akaun GISBH ni sahaja, tapi 96 akaun TAPI hanya RM500k sahaja amaun yang dibekukan.
28. Masa FASA 4, jumlah akaun dibekukan sudah menjadi 138 akaun, TAPI hanya RM800k sahaja. Jumlah ni sangat tak logic. Siapa lagi Smurfs depa ni?
29. PUKAS sebenarnya ada kasi hint dalam page diorang. Bot laut dalam kat Tok Bali tak bergerak tangkap ikan pun. Border Thailand dengan Malaysia bukan jauh sangat pun. Setakat nak transfer physical money pakai bot bukan susah sangat pun.
30. Dan PUKAS pun ada kasi hint yang diorang ni pun ada travel agencies, bawak orang melancong dan umrah. Setakat nak bawak physical money sekali masa bawak jemaah umrah bukan susah sangat pun. Projek kat Pulau Topang, Riau pun hebat jugak dengarnya.
31. Lepas tu, bank in laa duit tu kat bank akaun luar negara. Aku tak rasa diorang convert duit tu kepada Crypto. Buat video pun berterabur. Habis terbukak rahsia sendiri.
32. Nanti kita dengarla finding Polis samada duit selebihnya tu dah di simpan ke luar negara. Polis pun dah tangkap Bookkeeper diorang ni. Tu Bookkeeper kat Malaysia. Kat tempat lain?
33. Mana-mana syarikat-syarikat atau enterprise atau rumah amal yang betul-betul takde relation dengan GISBH nih, come clean dengan Polis lah. Jangan lupa bawak sekali akaun korang serta bank statement tu.
34. Kali ni, kasi benam terus lah GISB ni sebelum mereka graduate ke Level CUCKOO SMURFING (boleh google...). Masa ni lagi pening nak benteras. Aku cukup risau budak-budak kecik rumah amal ni akan di grooming sebagai Smurfs masa depa besar nanti. Umur 18 tahun dah boleh register Enterprise kat SSM dan bukak current account Enterprise.
35. GISBH ni takde kena mengena dengan ekonomi Islam lah. Ni semua ekonomi perot BOD aje. Memang SOSMA sangat layak untuk BOD nih. Jangan la suruh buat pengakuan bertaubat macam dulu-dulu tu.
36. Persoalannya kalau Papa Smurf tu Chairman, siapa pulak Gargamel? KPN la hahahaha… jangan marah Tan Sri KPN…. Ampun, saya bukan GISBH. Saya peminat Andy Gibb aje.
37. Nanti la aku sambung balik. Asal menulis pasal GISBH dengan abuye, aku mengantuk. Power betul 'air berkat' diorang nih.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
memang sistem hamba abdi era moden ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang kapitalist dasyat! |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu lhdn keluar statement gisb ada bayar cukai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak bayar zakat..boleh kena saman kerr..
|
|
|
|
|
|
|
|
pukimak kau lhdn selamani buta ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis asal artikel ni sorang forensic accountant.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga pembekap GISB porem hadirrr memberi secangkir dua monolog. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 29-9-2024 08:51 AM
Kopipes jap, kang ada yg komen takde efbi puleks
GISBH DAN TEKNIK ‘SMURFING’ – PART 1
Perghhh. Siap seludup duit ke thailand pakai bot nelayan. Budak2 tu agaknya ramai dah lepas ke thailand dan duduk di pattani dan yala. Duit pun boleh sponsor pembelajaran dan fasiliti nak jadi pemberontak. |
|
|
|
|
|
|
|
Lhdn rajin lepak forum dan menakutkan orang dengan dongeng bahaya dan rugi beli rumah dan kereta cash. Bila hal GiSB ni boleh pulak lambat gila tindakan. Padehal punyala besar syarikat penunggang agama ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanya Najib..
|
|
|
|
|
|
|
|
2..3 hari lepas.. national fm kata, gibh dah setel tax. Tipu kerr national fm ni..? Atau tersyasyull.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|