4 isteri, tiga anak pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari
Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di Shah Alam pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian Muhammad Aminuraliff Mohd Zoki.
Kesemua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun itu sebelum itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan dikawal ketat beberapa anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Melayu Australia mereka tinggal di london salah seorang owner nur malaysia restaurant saya pernah letak video mereka suami ister beberapa minggu lepas. Anak dia juga bekerja di restaurant nur malaysia tu.
Post time 4-10-2024 10:52 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Berani mereka mempersendakan.agama islam mempergunakan agama dgn cara yang sesat demi kepentingan diri mereka...padahal dalam surah albaqarah Allah ada turun ayat tentang ajaran sesat yg mempergunakan agama oleh kaum yahudi..padahal mereka mengetahui kesalahan mereka tapi mereka memyesatkan org lain dan x ikut apa yg disuruh oleh Allah.