View: 37687|Reply: 0
|
[Tempatan]
Pemimpin PAS terkejut Anwar Ibrahim tak isytihar harta selepas hampir 2 tahun jadi PM
[Copy link]
|
|
Pemimpin PAS terkejut Anwar tak isytihar harta selepas hampir 2 tahun jadi PM
https://www.freemalaysiatoday.co ... ir-2-tahun-jadi-pm/
Faiz Zainudin
28 Sep 2024, 10:30 AM
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kegagalan Anwar Ibrahim mengisytiharkan harta selepas hampir dua tahun menjadi perdana menteri sebagai berita malang bagi usaha penambahbaikan atau reformasi dilaungkannya.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia tidak patut berlaku kerana sejak beberapa pentadbiran terdahulu, semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan wajib mengisytiharkan harta.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man terkejut Anwar Ibrahim tidak mengisytiharkan harta selepas hampir dua tahun menjadi perdana menteri.
“Mungkin Kabinetnya (Anwar) juga tidak melakukan demikian. Perkara ini tidak patut berlaku kerana sejak beberapa perdana menteri terdahulu, semua anggota Kabinet dan Ahli Parlimen kerajaan wajib mengisytiharkan harta.
Kegagalan setelah hampir dua tahun menjadi perdana menteri adalah berita malang bagi usaha penambahbaikan atau reformasi yang dilaungkan. Nampaknya tindakan ini jelas mundur ke belakang berbanding zaman Muhyiddin Yassin atau Ismail Sabri Yaakob menjadi perdana menteri, katanya kepada FMT.
Kelmarin, Anwar dilaporkan berkata, beliau sedia mengisytiharkan harta pada bila-bila masa, sambil menekankan kepentingan ketelusan dalam tadbir urus ketika membidas ahli politik yang keberatan mengisytiharkan harta.
Sebelum ini, Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, pengisytiharan harta antara syarat dalam memorandum persefahaman mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, hanya perlu dilakukan apabila melibatkan anggota pentadbiran seperti diamalkan kerajaan terdahulu.
Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris berkata Anwar sepatutnya menunjukkan teladan dengan terus mengisytiharkan harta, bukannya menunggu desakan pihak lain atau memaksa pembangkang berbuat demikian.
Beliau berkata, dengan mengisytiharkan harta terus dapat menunjukkan Anwar benar-benar telus, bertatakelola, bersih dan cekap.
“Sepatutnya, dia sebagai perdana menteri, dia isytihar sendiri.
“Dia kena tunjuk teladan dulu, bukan paksa pembangkang buat sebab yang pegang jawatan dan kuasa mereka. Pembangkang bila jadi kerajaan, tak ada masalah nak isytihar harta tanpa disuruh sebab kita sudah lakukan sebelum ini.
Bila kita jadi kerajaan, kita tak sembang, zaman Dr Mahathir sudah buat (isytihar harta). Masa saya jadi senator dalam kerajaan dulu kita isytihar harta, setiap tahun tak ada isu. Jadi, dia tak payah tunggu orang cabar, buat terus, malah menteri dia juga kena isytihar harta, katanya kepada FMT.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|