CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15442|Reply: 4

Tiada keperluan bentuk Kerajaan Perpaduan di Johor - Dr Akmal

[Copy link]
Post time 30-9-2024 09:23 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk memaksa kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor dalam membentuk kerjasama perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) di negeri itu.


Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ini kerana Johor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan EXCO sudah terbukti mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik sehingga menyumbang kepada kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.


Katanya, atas dasar itu momentum berkenaan perlu diteruskan sehingga habis penggal pentadbiran sedia ada.


"Jangan letakkan tekanan kepada Menteri Besar kerana kepimpinannya terbukti sangat baik menjalankan tanggungjawab menjaga negeri Johor.


"Ini terbukti apabila kejayaan di PRK Mahkota mencatatkan majoriti berkali ganda yang mana ia adalah hasil kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Johor sedia ada.


"Jadi biarkan momentum yang baik ini diteruskan...tiada keperluan untuk memaksa Menteri Besar (berbuat demikian)," katanya kepada BH, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Pemuda AMANAH yang mengulangi pendirian serta berharap BN terutama di Johor menubuhkan Kerajaan Perpaduan selepas kerjasama itu ditunjukkan dengan kejayaan besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), DUN Mahkota, semalam.


Ketua Pemuda AMANAH, Hasbie Muda dilaporkan berkata penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor adalah untuk mengekalkan momentum perpaduan dan juga sokongan rakyat.


PRK DUN Mahkota menyaksikan BN mempertahankan kerusi itu apabila calonnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatanan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, dengan majoriti 20,648 undi.


Ketika ditanya sama ada pembentukan Kerajaan Perpaduan di Johor boleh direalisasikan selepas pilihan raya di negeri itu kelak, Muhamad Akmal bagaimanapun berkata, ia terpulang kepada kebijaksanaan Menteri Besar untuk menentukannya.


Sumber – Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2024 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mau orang Umno nak 'berkongsi' rezeki.  Kalau kongsi jgk tak merasa la nak jadi exco, ahli majlis, pengerusi glc & ketua kg.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 10:32 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 30-9-2024 09:56 AM
Mana mau orang Umno nak 'berkongsi' rezeki.  Kalau kongsi jgk tak merasa la nak jadi exco, ahli majl ...

Umno berkongsi dengan komponen BN, majority menang 2/3 di Johor ada lah BN. jadi jawatan exco dikongsi dengan rakan kompenen dalam BN.
Kerajaan Perpaduan dibentuk jika tidak cukup majority.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 11:40 AM | Show all posts
Kan dah nampak orang politik memang hobinya bercekau rebut kuasa. Lagi macai sanggup serah tengkuk demi idola ka? Lebih hina dari acik2 bergaduh pasal retis di bod gossip
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2024 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 30-9-2024 10:32 AM
Umno berkongsi dengan komponen BN, majority menang 2/3 di Johor ada lah BN. jadi jawatan exco diko ...

Betul mmg itu realitinya tapi masing² tak nak ckp terus terang. Dua² pihak dok berbalas dgn berkias tak sudah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.146941 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list