View: 18349|Reply: 24
|
[Tempatan]
Ringgit tertinggi dalam tiga tahun, cecah bawah RM4.10 sedolar AS
[Copy link]
|
|
Oleh Reuters
September 30, 2024 @ 3:12pm
Ringgit meningkat sekitar 12.6 peratus setakat tahun ini -NSTP/AIMAN HARIZ AZHAR.
KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selepas langkah rangsangan tambahan China pada hujung minggu menyokong sentimen untuk mata wang serantau dan meneruskan kenaikan mendadak dalam saham China.
Ringgit meningkat 0.6 peratus, peningkatan tertinggi dalam kalangan mata wang Asia sedang pesat membangun dan didagangkan pada 4.099 berbanding dolar AS pada tengah hari tadi.
China ialah rakan perdagangan terbesar bagi kebanyakan negara di rantau ini.
Ringgit mencatatkan prestasi suku tahunan cemerlang, meningkat sekitar 12.6 peratus, menjadikannya mata wang dalam kalangan mata wang Asia sedang pesat membangun berprestasi terbaik tahun ini.
Prestasi ini didorong oleh pelbagai faktor seperti aliran masuk pelabur asing yang teguh, pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik.
"Kami kekal positif kepada prospek ringgit disokong asas kukuh yang terus bertahan seperti pertumbuhan ekonomi yang teguh, lebihan akaun semasa, peningkatan fiskal dan aliran masuk asing yang mampan," kata Pakar Strategi Mata Wang OCBC, Christopher Wong.
Saham Beijing melonjak hampir enam peratus, dengan pelabur berharap langkah rangsangan itu akan menghentikan kemelesetan berterusan yang dihadapi oleh ekonomi kedua terbesar dunia itu.
Pasaran China ditutup mulai esok untuk cuti seminggu.
Bank pusat China berkata, bank-bank negara itu akan menurunkan kadar gadai janji untuk pinjaman rumah sedia ada sebelum 31 Oktober, sebagai sebahagian daripada dasar menyeluruh untuk menyokong pasaran hartanah negara itu.
Rangsangan baharu itu mengimbangi kekecewaan daripada aktiviti pembuatan China yang perlahan pada September.
Baht Thailand, dolar Taiwan dan won Korea Selatan meningkat antara 0.2 peratus dan 0.4 peratus, manakala dolar Singapura dan peso Filipina didagangkan tidak berubah.
Pelabur akan menantikan data inflasi dari Korea Selatan, Indonesia dan Filipina pada minggu ini, manakala laporan pekerjaan AS mungkin akan menentukan sama ada Rizab Persekutuan (Fed) akan melaksanakan satu lagi pengurangan kadar faedah lebih besar.
Indonesia dan Filipina telahpun memulakan kitaran pemotongan kadar faedah, walaupun negara lain seperti Malaysia, Singapura dan Thailand tidak mungkin melonggarkan dasar menjelang 2025, menurut penganalisis Barclays.
"Tinjauan pertumbuhan yang lebih positif jika China menikmati lantunan yang ketara, mengurangkan keperluan untuk pelonggaran dasar monetari untuk beberapa bank pusat.
"Ini akan mengukuhkan pandangan kami bahawa bank pusat pasaran baharu muncul Asia tidak mungkin 'mengikut' Fed dalam membuat pemotongan besar atau lebih cepat," jelas penganalisis Barclays.
Dalam kalangan pasaran Asia lain, saham Taipei susut sebanyak 1.7 peratus, dengan gergasi semikonduktor TSMC rugi 2.5 peratus.
Di Tokyo, Nikkei merosot kira-kira 4.5 peratus, kerana pelabur menunggu arahan dasar daripada Perdana Menteri, Shigeru Ishiba yang telah mengkritik dasar bank pusat sebelum ini.
Saham di Seoul, Manila dan Jakarta jatuh antara 1.0 dan 1.2 peratus.
-Reuters
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 30-9-2024 06:16 PM
Ada je x kena kan. Org bongok je yg benci ringgit mengukuh. Yg penting iol nk travel akhir bulan ni, syok tukar duit |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tahu statement aku ni kelihatan pentingkan diri sendiri
Tapi cannot help kenkadang terdetik cepatlah ringgit turun balik
Sedap sikit nak transfer duit ke mebeng
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak transfer duit esok brp lah dapat ???? |
|
|
|
|
|
|
|
rindu zaman MYR 1 = THB 10
tak mungkin kembali lagi lah
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka ringgit mengukuh...holiday+sopim nyum2
hsbd iols merempan usd menyusut...sikit la payment bulan ni
lain2 tu malas nak ambil port lantak la korang nak bercekau ke bergasak sapa betul |
|
|
|
|
|
|
|
benda ni akan konsisten sampai tahun depan dikkkk...boleh naik sampai 1 usd = rm 3.50 katanya. Bagus juga untuk pelajar2 mesia di luar negara boleh berjimat banyak dan survive. |
|
|
|
|
|
|
|
Best lah boleh shopping barang2 dapur magnolia, beli baju kat Nordstrom etc |
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai celebrity dtg Malaysia...skrg khabeeb pun kat Malaysia...mungkin lah makin ramai nak ringgit skrg. .PMX jalan2 merata dunia tu adalah jugak membuahkan hasil perkenalan negara ..walaupun investment billiyun2 tu tak nampak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
hebatnya PMX kerana mampu menjadikan ringgit kembali menggigit
tapi jangan lupa akan kehebatan Yang Berbahagia Dato' Sri Najib Razak DK II (Pahang); SPMK (Kelantan); DMK (Kedah); SSSJ (Perlis); SPSA (Perak); SSAP (Pahang); SPDK (Sabah); DUNM (Melaka); DP, PNBS (Sarawak); DK (Brunei); OKIS, yang pernah membawa ringgit naik sehingga mencecah RM2.60/$1 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kehebatan 1MDB guna duit rakyat tanpa masuk parlimen.. tak bayor cukai... tak nak ceriter ke cai?
|
|
|
|
|
|
|
|
Rindu zaman USD1 = RM2.50
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 1-10-2024 01:27 AM
hebatnya PMX kerana mampu menjadikan ringgit kembali menggigit
tapi jangan lupa akan kehebatan Yang ...
Tahun bila Rm2.60=USD1 |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh sebut lebih dari tiga tahun sebab nilai Ringgit sekarang bukanlah yang tertinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa MYR1=THB10 peniaga2 di Dannok suka2 bagi kita change mixed in both currencies bila dorang malas nak pi money changer
|
|
|
|
|
|
|
|
Denco replied at 30-9-2024 06:27 PM
Ada je x kena kan. Org bongok je yg benci ringgit mengukuh. Yg penting iol nk travel akhir bulan n ...
Plg bangang time rm jatuh aritu takde pulak walaun kata ringgit jatuh sbb us naikkan interest rate. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 1-10-2024 06:38 AM
Rindu zaman USD1 = RM2.50
Lebai pasu memerintah nnti takdirrrrr boleh dapat, no worries |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 30-9-2024 11:42 PM
Makin ramai celebrity dtg Malaysia...skrg khabeeb pun kat Malaysia...mungkin lah makin ramai nak rin ...
Slowly la agaknya ada progress, harap berterusan. Msia pun baru nk pulih dr imej buruk 1mdb |
|
|
|
|
|
|
| |
|