View: 45549|Reply: 8
|
Arus setinggi 15sm boleh tumbangkan orang dewasa, 60sm mampu hanyutkan kereta
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menasihatkan orang ramai terutama di kawasan yang terjejas banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa.
PHM menerusi perkongsian di Facebook berkata, tindakan itu harus dielakkan terutama bagi kenderaan ringan kerana kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir boleh membahayakan keselamatan.
“Walaupun nampak cetek, arus setinggi 15 sentimeter (sm) sudah cukup untuk menjatuhkan orang dewasa, manakala arus setinggi 60sm boleh menghanyutkan kereta.
“Jika terpaksa menyeberang, cuba cari laluan yang lebih cetek atau tidak berarus. Jika perlu berjalan melalui air, gunakan tongkat atau kayu panjang untuk menguji kedalaman,” kata PHM.
Selain itu, PHM turut memesan agar sentiasa memakai jaket keselamatan atau peralatan yang boleh membantu untuk terapung ketika meredah arus banjir.
“Selalu cari laluan yang lebih selamat atau tunggu bantuan jika keadaan terlalu berbahaya,” pesan PHM.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni banjir kat kg aku, air sungai naik melimpah sampai ke sawah lepas tu tutup jalan besar. Air sampai paras peha. Kereta dgn motor memang xboleh lalu. Terpaksa jalan kaki harung air banjir. tu pun aku puas mengucap sebab air deras. |
|
|
|
|
|
|
|
Biar betikkkk..15cm tu baru sejengkal...takkan orang dewasa boleh tumbang. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 1-10-2024 08:44 PM
Biar betikkkk..15cm tu baru sejengkal...takkan orang dewasa boleh tumbang.
Arus yang dimaksudkan tu jenis arus air yang deras. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar atas tu sampai pinggang...kat mana tu..
Hati2 semua. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 1-10-2024 09:32 PM
Arus yang dimaksudkan tu jenis arus air yang deras.
Faham la arus deras..tapi kalau takat buku lali,takdenya nak hanyut.lainla paras lutut. |
|
|
|
|
|
|
|
Kelajuan arus air guna measurement ketinggian ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pakai cm x paham pakai meter 0.600m atau 0.150m baru paham |
|
|
|
|
|
|
| |
|