CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23211|Reply: 0

[Sarawak] Bas pintar percuma mula beroperasi di Miri

[Copy link]
Post time 2-10-2024 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-10-2024 01:39 PM


Lee (berdiri, kanan) menunjukkan tanda bagus semasa menaiki bas pintar percuma bersama penumpang lain hari ini.

MIRI: Bas Pintar Percuma Bandar Raya Miri secara rasmi memulakan perjalanan percubaannya dengan Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin antara penumpang terawal yang menaikinya di stesen Emart Tudan menuju ke pusat bandar pada jam 6 pagi tadi.

Lee memberitahu, beliau tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama merasai pengalaman menaiki bas baharu tersebut dan mengumpul maklum balas daripada penumpang secara peribadi.

Penumpang yang terkejut melihat kehadiran menteri dalam kalangan mereka turut bertanya kepada beliau mengenai perjalanan awalnya menaiki bas.

Lee mendedahkan bahawa ini bukan pengalaman pertamanya tetapi beliau telah menaiki pengangkutan awam beberapa kali termasuk di Kuching dan Sibu sejak dilantik sebagai Menteri Pengangkutan Sarawak.

Semasa menaiki bas sebelum ini, beliau memberitahu menerima maklum balas berharga daripada penumpang dan pemandu.

"Tahun lalu, ramai penumpang menyatakan kebimbangan mengenai bas Miri yang semakin tua, dengan mengambil kira mengenai aspek keselesaan, kebolehpercayaan dan pematuhan jadual.

"Sebagai tindak balas kepada kebimbangan ini, saya berjanji untuk bekerjasama dengan syarikat bas dengan memperkenalkan bas moden yang baharu," katanya.

“Hari ini saya telah menunaikan janji saya.

"Anda semua di sini pagi ini adalah yang pertama menaiki bas Volvo moden baharu ini, yang sedang menjalani percubaan sulung bermula hari ini.

"Juga, buat pertama kali dalam sejarah, kita mempunyai perkhidmatan bas percuma di bandar raya Miri yang disokong oleh Kerajaan Sarawak di bawah Program Bas Pintar Percuma Bandar raya Miri,” tambah beliau lagi.

Perkhidmatan Bas Pintar Percuma Bandar Raya Miri akan dilancarkan pada 9 Oktober ini oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pagi ini menandakan percubaan rasmi Bas Pintar Percuma Bandar Raya Miri dan penumpang kelihatan gembira dengan keadaan moden bas baharu itu sambil menyatakan keselesaan dan kepuasan mereka dengan kemudahan yang disediakan.

Ramai penumpang meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memperkenalkan bas pintar ini di Miri, sekali gus mengiktiraf kesan positifnya terhadap pengangkutan tempatan.

Selain itu, Lee menggesa pelajar dari sekolah berhampiran memanfaatkan perkhidmatan ini dan menekankan bahawa bas pertama dijadualkan berlepas sama ada jam 5.30 pagi atau 6 pagi.

Inisiatif ini bertujuan menggalakkan lebih ramai pelajar menggunakan pengangkutan awam, mempromosikan budaya berulang-alik yang lebih mampan dan cekap di Miri.

Projek ini turut memperkenalkan 14 bas pintar serba baharu meliputi lapan laluan utama, menyediakan perkhidmatan percuma kepada orang ramai.

Bas akan beroperasi setiap hari bermula jam 5.30 pagi hingga 7.30 malam, memberi manfaat kepada penumpang, pelajar dan warga emas.

Lapan laluan tersebut termasuk Permy Jaya melibatkan empat bas, dua bas akan melalui laluan Riam/Taman Tunku, Senadin dan Tudan manakala sebuah bas untuk laluan Sungai Rait/Bakam, RTM/Pujut 2, Kuala Baram dan Hospital Miri.

Bas pintar percuma ini dilengkapi dengan peranti pengesan yang membolehkan orang ramai memantau jadual bas dan lokasi masa nyata melalui aplikasi mudah alih.

Walaupun aplikasi itu belum diaktifkan secara rasmi, ia dijangka meningkatkan pengalaman berulang-alik dengan ketara sebaik sahaja pemasangan peralatan yang berkaitan selesai.

Aplikasi mudah alih itu dijangka diaktifkan selepas pelancaran rasmi oleh Premier pada Rabu depan.

Setelah beroperasi, aplikasi mudah alih itu akan membolehkan penumpang menyemak masa ketibaan bas dan lokasi semasa dengan mudah, memastikan mereka dapat merancang perjalanan dengan lebih cekap.

Pengenalan teknologi ini mencerminkan komitmen untuk memodenkan pengangkutan awam di Miri dan menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada semua pengguna.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/10/01/bas-pintar-percuma-mula-beroperasi-di-miri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.078944 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list