View: 9746|Reply: 1
|
[Tempatan]
'Cina tak keluar mengundi di Sg Bakap pun salah Dr Akmal?'
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 2-10-2024 02:29 AM
'Cina tak keluar mengundi di Sg Bakap pun salah Dr Akmal?'
https://www.malaysiakini.com/news/721166
Diterbitkan: Oct 1, 2024 7:01 PM
Dikemaskini: 7:04 PM
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menyalahkan kenyataan-kenyataan yang dibuat pemimpin DAP sebagai punca kemerosotan undi kepada PH pada beberapa pilihan raya kecil (PRK) lalu.
Akmal mengulas kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mengatakan perbalahan antara dia dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok menyebabkan ramai pengundi Cina tidak keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota, Sabtu lalu.
"Di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi. Adakah itu juga salah Dr Akmal Saleh? Walaupun Akmal tiada di Sungai Bakap?
"Sepatutnya tanya pemimpin kamu yang keluarkan kenyataan yang mengganggu gugat ketenteraman negara, bukan salahkan orang yang respons dengan kenyataan pemimpin kamu," katanya dalam hantaran di Facebook.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Chin Tong berkata perbalahan antara Akmal dan Teresa menjadi faktor mendorong pengundi Cina melakukan protes pada PRK DUN Mahkota.
Sebelum ini beberapa media melaporkan jumlah peratus pengundi Cina yang keluar mengundi pada PRK itu hanya dalam sekitar 34 peratus.
Sementara di DUN Sungai Bakap, hanya 47 peratus pengundi Cina keluar mengundi dan menjadi antara faktor kekalahan PH pada PRK berkenaan.
Dalam pada itu Akmal turut menasihati DAP agar mencontohi MCA yang disifatkan kuat bekerja untuk meraih undi kaum Cina.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Salah saya juga Cina tak keluar undi Sg Bakap, Akmal sindir Chin Tong
https://www.freemalaysiatoday.co ... l-sindir-chin-tong/
FMT Reporters
01 Oct 2024, 06:49 PM
Dr Akmal Saleh minta Liew Chin Tong bertanya terlebih dahulu kepada Teresa Kok yang mengeluarkan kenyataan ‘mengganggu-gugat ketenteraman negara’.
Terdahulu ketua DAP Johor dakwa perbalahan ketua Pemuda Umno dan naib pengerusi DAP punca ramai pengundi Cina tidak mengundi pada PRK Mahkota.
PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh secara berseloroh mempersoalkan sama ada beliau juga menjadi punca penurunan jumlah pengundi Cina pada PRK Sungai Bakap Julai lalu yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kalah.
Beliau memberi maklum balas itu menjawab kenyataan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong yang mendakwa perbalahan Akmal dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok menjadi punca ramai pengundi Cina tidak mengundi pada PRK Mahkota, Sabtu lalu.
Di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi, adakah itu salah Dr Akmal Saleh walaupun tiada di Sungai Bakap, katanya merujuk pengurangan 10% pengundi Cina pada PRK Sungai Bakap.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dilaporkan berkata peratusan mengundi rendah itu menjadi punca kekalahan PH di tangan Perikatan Nasional (PN).
Akmal turut meminta Liew bertanya terlebih dahulu kepada Kok yang mengeluarkan kenyataan ‘mengganggu-gugat ketenteraman negara’, bukan menyalahkan orang yang memberi maklum balas terhadap kenyataan tersebut.
“Cuba contohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan. Nak salahkan saya? Ikut suka hati kamu, parti kamu.
Yang penting Umno perlu terus berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada kami dan terus tegas untuk mempertahankan prinsip menjaga agama islam,bangsa dan tanah air walau dengan siapa kami berkawan, katanya.
Terdahulu, Liew mendakwa perbalahan Akmal dan Kok menyebabkan pengundi Cina pada PRK DUN Mahkota marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi.
Katanya, perbalahan itu menjadi faktor mendorong mereka untuk protes dan tidak menunaikan tanggungjawab sehingga peratusan pengundi Cina rendah.
Institut Darul Ehsan (IDE) dilapor menganggarkan kadar peratusan keluar mengundi mengikut kaum pada PRK DUN Mahkota – Melayu sebanyak 61%, Cina (49%) dan India (48%). |
|
|
|
|
|
|
| |
|