View: 15502|Reply: 8
|
[Tempatan]
Ramai kecewa iPhone 16 Pro ada masalah skrin
[Copy link]
|
|
Ramai kecewa iPhone 16 Pro ada masalah skrin
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... -ada-masalah-skrin/
Oleh KOSMO!
2 Oktober 2024, 8:22 am
PEMILIK iPhone 16 Pro sering menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka. – Gambar hiasan
PELANCARAN telefon pintar jenama Apple, iPhone 16 menjadi sorotan apabila siri terbaharu itu tampil dengan beberapa perubahan baharu yang membuatkan ramai pengguna ingin menaik taraf peranti mereka.
Namun begitu, selepas ramai beralih ke model berkenaan, pemilik iPhone 16 Pro sudah mula menghadapi masalah dengan skrin sentuh telefon mereka.
Ia dikatakan berlaku selepas tiga hari telefon itu dikeluarkan.
Menurut laporan tomsguide.com, ada sesetengah pengguna melaporkan bahawa butang kawalan kamera iPhone 16 Pro terlalu sensitif sehingga menyebabkan fungsi kamera terbuka meskipun tersentuh tanpa sengaja.
“Ramai yang melaporkan masalah yang terdapat pada telefon baharu ini.
“Ia sepatutnya tidak berlaku kerana Apple sudah mengeluarkan banyak varian. Mereka patut belajar untuk memperbaiki kelemahan daripada varian lama.
“Butang kawalan kamera iPhone 16 Pro juga menyebabkan skrin ‘membeku’ buat sementara waktu.
“Pengguna mendakwa mereka tidak dapat meleret atau mengetik dan hanya fungsi home yang memberi respon,” kata laporan itu.
Tambahnya, ada sesetengah pengguna mendakwa bahawa masalah telefon itu lebih ketara apabila digunakan tanpa sarung peranti.
Bagaimanapun, ia dikatakan tidak membantu menyelesaikan masalah, tetapi hanya mengurangkan isu skrin membeku apabila tangan tersentuh butang kawalan kamera.
Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Khaos Tian berkongsi di media sosial tentang isu yang berlaku dengan menunjukkan skrin iPhone 16 Pro tidak memberi respon apabila dia melakukan sentuhan.
Jelasnya, hal Ini berlaku kerana algoritma sentuhan leret mungkin sedikit sensitif dan memberi tindak balas berlebihan kepada respon skrin.
“Jika masalah ini berlaku, anda hanya perlu mengelak daripada menyentuh kawasan sebelah butang kawalan kamera.
“Hal ini mungkin berterusan sehingga Apple boleh mengatur kemas kini perisian untuk membetulkan isu yang berlaku kepada pengguna iPhone 16 Pro,” ujarnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
same goes 13 pro max. bengang jelahhh dah nampak garis harus kt skrin. nk trade in takde nilai dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bateri iphone masih panas lagi ke boleh buat batu tungku?
Last aku guna iphone pertama terakhir siap buat tungku letak atas urat sebab bateri panas nak mampus kena letak dalam freezer |
|
|
|
|
|
|
|
Aku guna iphone 15+ still ok, bateri tahan, screen besar masa nk beli tu jurujual ingt aku kerja O&G atau gaji lbh rm5k+ biarpun aku pkai selipar jer |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm
nasib nasib jugak beli iphone ni
saya masih pakai iphone 11 dan suami iphone 13 promax
masih OK
tukar masa iphonee 20 lah kot |
|
|
|
|
|
|
|
My iphone 13 pm ok lagi , memmag kene tunggu 5 tahun lgi bru tukar gamaknya sebab aiols kalau pakai memang nak 1 tera terus battery drained pun ai send tukar battery jah and x update ios16 last time sampai ios17 baru update sebab takut jadi green screen |
|
|
|
|
|
|
|
byk benau masalah ip korang. apa tangkal korang pakai agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
iPhone 16 pro 512gb saya tiada masalah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|