CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18482|Reply: 0

[Tempatan] Keracunan makanan: Ibu bapa boleh saman pengendali cuai, pesan peguam

[Copy link]
Post time 2-10-2024 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Keracunan makanan: Ibu bapa boleh saman pengendali cuai, pesan peguam

https://www.freemalaysiatoday.co ... -cuai-pesan-peguam/

Tan Chin Tung
02 Oct 2024, 07:00 AM


Bastian Pius Vendargon berkata mengekalkan piawaian kesihatan dan kebersihan di kawasan sekolah merupakan tanggungjawab kepada masyarakat. (Gambar Bernama)

Kitson Foong berkata ibu bapa boleh mendapatkan pampasan dengan memulakan tindakan sivil terhadap pengusaha kantin.

PETALING JAYA: Ibu bapa kepada anak yang mengalami keracunan selepas mengambil makanan yang dijual di kantin sekolah boleh menyaman pengendali terbabit kerana cuai, kata peguam.

Kitson Foong dan Bastian Pius Vendargon berkata ibu bapa boleh mendapatkan pampasan kewangan dengan memfailkan tuntutan sivil atas alasan kecuaian. Mereka perlu buktikan bahawa penjual terbabit melanggar kewajipan penjagaan, mengakibatkan kemudaratan kepada anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Foong berkata proses undang-undang itu mungkin terlalu memakan masa dan mahal bagi kebanyakan rakyat biasa.


Kitson Foong.

Ganti rugi yang boleh dicapai dalam tuntutan sivil tidak mungkin tinggi. Pengusaha kantin juga tidak mungkin mempunyai duit yang banyak, jadi pihak yang membuat tuntutan mungkin hanya akan peroleh penghakiman yang tidak dapat dilaksanakan, katanya kepada FMT.

Foong berkata ibu bapa juga boleh mempertimbangkan untuk memfailkan laporan kepada polis dan Kementerian Kesihatan supaya siasatan jenayah boleh dimulakan di bawah Akta Makanan, Peraturan Makanan, dan Peraturan Kebersihan Makanan.

Peguam mengulas mengenai beberapa laporan sejak awal tahun mengenai pelajar jatuh sakit selepas mengambil makanan di kantin sekolah, menimbulkan kebimbangan mengenai kepatuhan pengendali pada piawaian kebersihan.

Pada Rabu lalu, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menutup kantin di SK Chepor selepas 101 pelajar mengalami keracunan makanan. Dua hari kemudian, dilaporkan 55 pelajar dan tiga guru di SMK Membakut II di Sabah mengalami gejala serupa.

Pada Jun lalu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas memakan mi goreng dan telur yang disediakan oleh katerer luar, dalam program yang diadakan di sebuah sekolah di Gombak.

Dalam kes yang melibatkan kematian, keluarga yang terkilan boleh membuat laporan polis bagi mendapatkan siasatan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK) terhadap katerer, kata Foong.

Seksyen 304(a) KK menyentuh kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh orang. Ia memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Vendargon menambah pentadbir sekolah boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap katerer luar kerana melanggar kontrak dan gagal membekalkan makanan pada ‘kualiti boleh dagang’.

Penguatkuasaan kurang

Walaupun undang-undang semasa disifatkan tuntas, Foong berkata kekurangan penguatkuasaan akan membolehkan pengusaha makanan dan minuman terlepas daripada pertanggungjawaban atas insiden keracunan makanan.

Beliau berkata dalam kebanyakan kes, pesalah kali pertama hanya dikenakan denda, yang kesannya tidak setanding hukuman penjara.

Parlimen harus pertimbang meminda undang-undang untuk meningkatkan hukuman, kata Foong.

Seksyen 13 Akta Makanan, yang melarang penyediaan makanan mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan, memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya.


Bastian Pius Vendargon.

Vendargon menggesa Jabatan Kesihatan Negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya lebih proaktif dan berwaspada dalam mengekalkan kualiti dan standard kebersihan makanan yang disediakan di kantin sekolah.

Adalah penting untuk mengekalkan standard kesihatan dan kebersihan di kawasan sekolah. Ia merupakan tanggungjawab kepada masyarakat dari segi praktikal dan kebendaan, sama seperti penyediaan makanan halal mencerminkan aspek kerohanian.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.440475 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list