View: 20482|Reply: 0
|
[Tempatan]
Raja Formula Rafizi Ramli: RMK13 tumpu rapat jurang sosioekonomi, pembangunan ikut negeri
[Copy link]
|
|
RMK13 tumpu rapat jurang sosioekonomi, pembangunan ikut negeri
https://www.freemalaysiatoday.co ... ngunan-ikut-negeri/
FMT Reporters
01 Oct 2024, 11:08 PM
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata dokumen RMK13 akan bersama dengan RMK sebelum ini dari segi visi, hala tuju, dan perancangan.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli harap usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri dapat ‘diganding secara bersama’.
PETALING JAYA: Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah, menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Bercakap kepada pemberita di sesi libat urus RMK13 bersama kerajaan Selangor di Shah Alam, Rafizi berkata pihaknya berharap usaha tersebut dapat ‘diganding secara bersama’.
Kita harap usaha untuk merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah dapat diganding secara bersama kerana selalunya beban memajukan ekonomi digalaskan sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan atas alasan peruntukan itu mesti datang daripada persekutuan, menurut Bernama.
Rancangan Malaysia merupakan rancangan jangka sederhana yang dibentuk untuk meletakkan segala pelaksanaan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara berada pada landasan yang tepat bagi menyokong perancangan jangka panjang Malaysia.
Sesi tadi mengumpul idea dan pandangan berhubung rancangan pembangunan lima tahun negara, dan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kerajaan negeri, penggiat ekonomi serta wakil industri, dan orang awam.
Rafizi memaklumkan libat urus akan diteruskan sehingga lengkap semua 14 negeri.
Kita harap menjelang akhir tahun ini rangka kasar yang menggariskan keputusan atau cita-cita besar negara dapat dibentangkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, katanya.
Menurut Rafizi, dokumen RMK13 dijadual dibentangkan di Parlimen pada Julai 2025.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|