CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33989|Reply: 4

[Tempatan] BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Agong

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode
BNM keluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Agong

https://www.bharian.com.my/berit ... na-pertabalan-agong

Oleh Saadiah Ismail - Oktober 2, 2024 @ 1:19pm
[email protected]


Bahagian hadapan reka bentuk duit syiling peringatan

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan duit syiling peringatan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada 20 Julai lalu.

Berdasarkan kenyataan BNM, duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam tiga denominasi iaitu duit syiling peringatan emas, perak sterling dan Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

"Duit syiling emas diperbuat daripada emas dengan ketulenan 999.9 dan seberat lapan gram sekeping.

"Nilai muka duit syiling ini ialah RM100 yang akan dijual pada harga RM3,250 sekeping dan sejumlah 300 keping sudah ditempa.

"Duit syiling perak sterling pula diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 seberat 31 gram sekeping.

"Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual pada harga RM275 sekeping dengan 1,300 keping sudah ditempa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, duit syiling emas Nordic B.U pula diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain seberat 8.5 gram sekeping.

"Nilai muka duit syiling ini RM1 dan akan dijual pada harga RM16.50 sekeping. Sejumlah 5,000 keping sudah ditempa.

"Duit syiling peringatan ini juga dijual set dua dalam satu mengandungi sekeping duit syiling perak sterling dan sekeping duit syiling emas Nordic. Harga jualan setiap set ialah RM330 dengan sejumlah 1,300 set tersedia untuk pembelian," katanya.

Duit syiling ini unik kerana tulisan 'Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII' tertera pada sekeliling bahagian atas duit itu, manakala nama BNM sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan dipaparkan pada sekeliling bahagian bawah duit syiling.

BNM berkata, bagi memberi peluang saksama kepada orang ramai membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, sekeping duit syiling emas, sekeping duit syiling perak sterling dan tidak lebih lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).

"Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai jam 11 pagi ini hingga jam 11 malam 13 Oktober ini.

"Orang ramai juga dinasihatkan membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM saja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain.

"Jika tempahan diterima melebihi jumlah ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pernah beli...YDPA 16....time tu self pick up kat bank negara....senang...yg kali ni berkira- kira nak beli ke x...sebab delivery charge mahal
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
qistiena replied at 2-10-2024 01:47 PM
Dulu pernah beli...YDPA 16....time tu self pick up kat bank negara....senang...yg kali ni berkira- k ...

Kali ni takleh self pickup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-10-2024 02:20 PM
Kali ni takleh self pickup ke?

Xde option tu...bnm terus charge for delivery
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:20 PM | Show all posts
asal set of 2 yg perak dgn tembaga jd lg mahal (rm330)
berbanding beli asing (rm275 + rm16.50 = rm258.50


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.394703 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list