CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43495|Reply: 145

[Tempatan] Anak orang kaya bayar RM7,520 belajar di Universiti Awam, kerajaan tanggung kos RM80,623

[Copy link]
Post time 2-10-2024 01:32 PM | Show all posts |Read mode
Anak orang kaya bayar RM7,520 belajar di UA, kerajaan tanggung kos RM80,623

https://www.bharian.com.my/berit ... rajaan-tanggung-kos

Oleh Farah Marshita Abdul Patah - Oktober 2, 2024 @ 11:31am
[email protected]


Kerajaan menanggung subsidi besar untuk pelajar UA. (Foto hiasan). - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus subsidi yuran pengajian yang ditanggung kerajaan bagi kursus peringkat ijazah sarjana muda dan diploma di universiti awam (UA) turut dinikmati anak golongan kaya.

Ia berdasarkan bayaran dinyatakan dalam surat tawaran pengajian bagi pengambilan terbaharu dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat BH.

Contoh, yuran pengajian peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian di UKM menelan kos keseluruhan RM88,152 bagi tempoh kursus empat tahun, namun pelajar hanya perlu membayar RM7,520.

Subsidi itu meliputi semua pelajar kemasukan tahun akademik 2024/2025, termasuk dari keluarga kaya atau berpendapatan tinggi atau T20, merujuk 20 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan tertinggi di Malaysia, biasanya melebihi RM10,971.


Keratan akhbar BH, semalam.

Contoh lain, Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di UiTM menelan kos keseluruhan RM31,012 satu semester atau enam bulan, namun pelajar termasuk dari keluarga T20 hanya perlu membayar sekitar satu peratus atau RM1,048.

Subsidi besar itu menjadikan dana yang diperuntukkan kerajaan untuk membiayai pengajian pelajar kursus berkenaan mencecah RM29,964 setiap semester.

Maklumat yuran pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilihat BH menunjukkan purata kos pengajian ijazah sarjana muda bagi setiap pelajar setahun adalah antara RM20,000 hingga hampir RM40,000, bergantung jenis kursus.

Mengambil contoh Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, kos perubatan di UPM untuk setiap pelajar setahun bagi kolej tertentu adalah RM39,379 dengan yuran pengajian perlu dibayar pelajar hanya RM4,674 selepas subsidi RM34,705.

Bagi peringkat diploma, yuran pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM untuk satu semester adalah sebanyak RM5,482 dan selepas subsidi RM4,734, pelajar termasuk dari golongan kaya hanya perlu membayar RM748.

Universiti swasta juga dilihat menetapkan yuran sekitar jumlah sama, namun pelajar perlu mendapatkan sendiri pembiayaan, termasuk melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu dibayar semula.

Contoh dilihat BH, IMU University menetapkan RM54,000 yuran pengajian satu semester atau RM108,000 setahun bagi kursus sarjana muda perubatan dan sarjana muda pembedahan.

Universiti Multimedia (MMU) mengenakan yuran RM54,250 sepanjang tempoh pengajian ijazah perakaunan, manakala Universiti Limkokwing dengan RM58,650 bagi pengajian sarjana muda sastera multimedia kreatif selama tiga tahun.

Isu subsidi pendidikan disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya ketika merasmikan Simposium Kebangsaan Menoktah Kemiskinan 2024 di Putrajaya, kelmarin.

Ucapan beliau seperti memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya di sekolah awam terbaik negara.

Tegas Perdana Menteri, membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan adalah tindakan tidak adil, sedangkan dana berkenaan sepatutnya boleh diagih kepada golongan miskin.

Anwar melihat wujud keadaan tidak adil apabila ada anak penjawat awam dengan pangkat kanan, pemimpin politik dan pengusaha terkenal dihantar ke sekolah terbaik dibiayai kerajaan.

Keadaan itu, tambahnya, tidak menggambarkan peratusan anak miskin ke pusat pendidikan terbaik dibantu kerajaan seperti sekolah menengah sains dan Maktab Rendah Sains MARA.




"Bentuk ketirisan ini, termasuk anak-anak golongan paling kaya ke sekolah-sekolah menengah sains yang dibantu dan disubsidi tinggi oleh kerajaan, harus dihentikan," katanya yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri yang dijangka memperincikan isu itu dalam pembentangan Belanjawan 2025 dijadualkan 18 Oktober ini, memberi contoh anak orang kaya yang dihantar ke fakulti kejuruteraan sepatutnya membiayai sendiri kos pengajian.

"Sepatutnya, kalau anak orang kaya itu dihantar ke fakulti kejuruteraan, Melayu atau Cina atau Iban, dia kena bayarlah. Jadi dengan cara itu, kita boleh menampung kekurangan. Kalau tidak, subsidi seperti ini berterusan," tegas Anwar.

Tanggung subsidi besar

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika dihubungi BH semalam, berkata subsidi besar ditanggung kerajaan menyebabkan segelintir pelajar tidak mengambil serius pembelajaran di universiti.

Beliau melihat dana disalurkan kerajaan untuk membiayai pengajian di UA tanpa pengkelasan kemampuan kewangan pelajar, adalah terlalu tinggi sedangkan subsidi turut dinikmati anak golongan T20 sepatutnya boleh disalurkan untuk kegunaan lain.

"Yuran di universiti awam terlalu rendah, ada yang kata kos ke tadika jauh lebih mahal," katanya percaya pelajar dari golongan T20 tiada masalah membayar kos penuh pengajian, malah ada berbelanja ratusan ribu ringgit melanjutkan pengajian di luar negara.

Menurutnya, jika pelajar dari golongan kaya ditetapkan membayar sendiri yuran pengajian, dana itu boleh digunakan UA untuk menguruskan institusi masing-masing dan meningkatkan kualiti pengajian setanding institusi luar negara.

"Jika UA ada dana dan peruntukan lebih, mereka akan mampu tingkatkan kualiti pengajian setanding institusi pengajian di luar negara," katanya bersetuju jika dilakukan penstrukturan semula subsidi pengajian di UA untuk golongan T20.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la nak.

Sampai bila kau nak tanggung golong meskin hina, lebihkan meka. Iyeeeee aku fahammmmmm rasionalnyaaaaa tapiiiii ntah la malas la aku kalau golongan B40 ni dilebihkan sangat tau meskin hina kenapa mak pak kau tak menabung dari kau kecik untuk tampung kos blaja kau? Duit beli rokok mesti hada, kan kan kan kan? Imagine beli rokok tiap bulan selama 18 tahun, berapa puluh ribu kau dah spent?

Pehtu kalau anak orang kaya tu masuk sebab merit, dah kenapa pula dia kena bayar full kos pengajian? Dah la mak pak dia bayar tax (kalau bayar) tinggi, lagi nak berkira ka pasal yuran tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi la kau bangnon..kalau geng menteri bole la kau nk melalak..kalau takat T20 parat hidung anak 8 cemana pulak? Baik jd pemalas kekal B40 camtu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 2-10-2024 02:10 PM
Ntah la nak.

Sampai bila kau nak tanggung golong meskin hina, lebihkan meka. Iyeeeee aku fahammmmmm ...

Kan ticer..sat g masuk penyembah2 walanon dtg memuja..puiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:19 PM | Show all posts
setuju tu. patut semua rakyat yang layak tak kisah level apa patut diberi hak terima keistimewaan yang sama. Dia dah berusaha belajar takkan tak kira usaha tu. anak b40 je layak. Padahal b40 ni la paling benci gomen. Tak bayar cukai. M40 T20 bayar cukai. Selalu insentif gomen pun tak dapat. Ni hak anak2 nak belajar pun disekat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Imo, government still kena support sebahagian subsidi pendidikan tinggi even utk T20. Unless klu pelajar tu dari keluarga yg gaji more than rm100k sebulan, boleh la nak tarik subsidi.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Subsidi itu meliputi semua pelajar kemasukan tahun akademik 2024/2025, termasuk dari keluarga kaya atau berpendapatan tinggi atau T20, merujuk 20 peratus isi rumah dengan pendapatan bulanan tertinggi di Malaysia, biasanya melebihi RM10,971.

11k dah kira T20?
Sadis betul jadi 'kaya' kat malaysia ni kan
Jap lagi kesihatan pun berkasta....

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:35 PM | Show all posts
diorang tetapkan level kasta ni amik kira tak bilangan tanggungan, kos hidup etc? orang gaji 4k anak sorang dgn orang gaji 10k anak 4, sah2 yg gaji 10k tu lg takde duit.

gaji beso cukai kena bayo bertimbun, segala bantuan tak layak. tu la orang suka bermalas-malas stay tahap cemtu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 02:37 PM | Show all posts
T20 juga rakyat malaysia..kesian depa, sini sana kena potong...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah dosa T20..
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik ak jd b40.. Smua gomen subsidi..t20 jd lembu
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:46 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 2-10-2024 02:47 PM


kalau gini yurannya
orang kerja gomen
even yg kerja gred tinggi ... memang TAK MAMPU nak bayar pengajian anak2
kalau buat loan, beban kepada anak2 yg ken abayar loan tersebut
tak adil lah kepada anak2 tersebut
depa pun rakyat malaysia
ada kemungkinan depa pula tercicir dan menjadi b40 pulak

so
definisi kaya tu macam mana ?
siapa?
income tax tahap mana ?


Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Org org kaya semua pergi migrate kat negara lain lah, bayor tax kat negara lain esp negara yg offer free education. Suh B40 tolong bayar cukai kat negara pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:54 PM | Show all posts
ala bpe kerat je ank2 T20 yg masuk uni awam tu bang non.. aku percaya ramai stdy obersi & swasta... kau ni saje laaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
so ape benefit jd t20 kat msia ni???
penyumbang tax je ke??




Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:00 PM | Show all posts
dia main keluarkan statistik pulak.. konon nak tunjuk berapa banyak subsidi untuk sorang student.
cuba keluarkans statistik berapa orang T20 yang dia maksudkan tu?
Kalau takat ambang2 wati punye T20 dengan anak berderet.. budak B40 bujang terlajak lagi kayo la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 03:05 PM | Show all posts
dulu geng2 ni la dok fight untuk pendidikan percuma.... suh hapus ptptn bagai..
hujung2 nak stop bantuan pendidikan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 2-10-2024 03:20 PM

Apalagi study negara lain lah yg free dan murah terus duduk sana oversea
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:16 PM | Show all posts
t20 penting gak kat sbp sebab fund banyak mintak kat depa
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 03:18 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 2-10-2024 02:18 PM
Babi la kau bangnon..kalau geng menteri bole la kau nk melalak..kalau takat T20 parat hidung anak 8  ...

Kannn. Patutnya allowance n gaji menteri n yb tu patut kurangkan dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.297015 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list