View: 17645|Reply: 1
|
[Tempatan]
Mahkota: Tak semua ‘baik belaka’ bagi DAP-Umno
[Copy link]
|
|
Mahkota: Tak semua ‘baik belaka’ bagi DAP-Umno
https://www.freemalaysiatoday.co ... laka-bagi-dap-umno/
K. Parkaran
03 Oct 2024, 09:15 AM
Zahid Hamidi mahu kerjasama antara PH-BN pada PRK Mahkota di Johor menjadi contoh berdepan pilihan raya mendatang. (Gambar Bernama)
James Chin dari University of Tasmania berkata perselisihan antara dua parti itu ‘tidak meningkat atau menurun’.
PETALING JAYA: Penganalisis menolak kemenangan besar kerajaan perpaduan pada PRK Mahkota baru-baru ini sama sekali menguburkan perselisihan DAP dan Umno.
Bahkan, tiada jaminan ia akan mengukuhkan kerjasama antara Pakatan Harapan-Barisan Nasional pada masa depan, kata James Chin dari University of Tasmania kepada FMT.
Katanya, PH dan BN perlu sentiasa beringat kemenangan dicapai bersama tidak bermaksud semua menjadi ‘baik belaka’.
Menerusi pemerhatiannya, beliau berpandangan kerjasama tersirat yang membuka jalan kepada pembentukan kerajaan perpaduan dua tahun lalu, tidak menjadikan perselisihan antara DAP dan Umno meningkat atau menurun.
Apa yang kita ada adalah kebuntuan. Akar umbi Umno masih tidak menyukai DAP, tetapi memahami bahawa jika mahu berkuasa, mereka kena bekerjasama dengan parti itu.
Pada Sabtu, calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah, menang besar ke atas calon Perikatan Nasional, Haizan Jaafar dari Bersatu, menerusi margin undi 20,648 undi, empat kali ganda lebih tinggi berbanding majoriti diraih pada PRN Johor, dua tahun lalu.
Pengerusi BN Zahid Hamidi berkata, kerjasama gabungan itu dengan PH akan menjadi contoh kepada gerak kerja jentera kerajaan perpaduan pada pilihan raya akan datang.
Chin menyifatkan kemenangan besar kerajaan perpaduan di Mahkota adalah usaha kedua-dua parti.
Katanya, Johor yang menjadi kubu kuat Umno menjadikan parti itu bekerja keras demi memastikan kemenangan. Mereka tahu itu satu-satunya peluang untuk kekal dalam kerajaan, katanya.
Dalam pada itu, DAP yang mendapat sokongan 90% masyarakat Cina, juga berhempas pulas meraih undi mereka.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, mengingatkan keputusan di Mahkota tidak mudah ditiru di kawasan lain.
Katanya, Mahkota tidak boleh dijadikan barometer, sambil menambah gabungan itu berjaya di Johor kerana isu kaum dan agama bukan menjadi faktor terbesar.
Kesannya, perbalahan berkait kontroversi pensijilan halal dan pertikaman lidah antara Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, tidak memberi kesan kepada pengundi, katanya.
Namun, di tempat lain di Semenanjung, pertikaian antara Umno dan DAP berterusan berlaku, katanya.
Katanya, cabaran sebenar bagi kerajaan perpaduan adalah bagaimana dua gabungan terbesar itu boleh menjadikan keputusan Mahkota untuk mewujudkan persepsi semuanya baik antara PH dan BN.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bergasak la korang |
|
|
|
|
|
|
| |
|