View: 17585|Reply: 0
|
[Tempatan]
'Kerajaan belum bersedia laksana ekosistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kembalikan UPSR dan PT3'
[Copy link]
|
|
'Kerajaan belum bersedia laksana PBD, kembalikan UPSR dan PT3'
https://www.sinarharian.com.my/a ... alikan-upsr-dan-pt3
Oleh
ROSKHOIRAH YAHYA
02 Oktober 2024 11:36pm
Cikgu Zack Kirana ketika menjadi panel Wacana Sinar bertajuk UPSR,PT3: Mencari Alternatif Terbaik yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu. Foto Sinar Harian/Foto Sinar Harian/ASRIL ASWANDI SHUKOR
SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kerana belum bersedia untuk melaksanakan ekosistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Pempengaruh Pendidikan, Cikgu Zack Kirana berkata, jika mahu mencontohi negara luar bukan dari sistemnya sahaja namun perkara lain juga perlu diberi perhatian seperti kemudahan fizikal di setiap sekolah.
Menurutnya, sangat mengecewakan apabila kemudahan di sekolah seperti kerusi, meja dan sebagainya masih tidak berubah, sama seperti zaman 80-an.
"Kalau betul mahu ambil contoh, bukan setakat sistem pendidikan mereka tetapi fasiliti juga. Jadi saya rasa kembalikan peperiksaan berpusat dan jika perlu boleh tambah baik.
"Mengembalikan UPSR dan PT3 satu rahmat untuk guru kerana sistem ini bukan dicipta untuk tenaga pengajar dan pelajar tetapi sebenarnya keperluan untuk menjadi kayu ukur yang terbaik pada prestasi mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Sinar bertajuk UPSR,PT3: Mencari Alternatif Terbaik yang disiarkan secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Program itu dikendalikan Ismail Adnan sebagai moderator dan turut disertai dua panelis lain iaitu Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mustafa Musa dan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad.
Tambah beliau, UPSR dan PT3 juga akan mengembalikan kemeriahan dalam industri sokongan seperti pusat tuisyen.
"Mereka akan terdedah dengan budaya pendidikan, belajar dan secara automatik industri sampingan ini akan lebih kreatif.
"Selain itu, saya juga harap setiap sekolah mempunyai pusat bimbangan dan kaunseling bagi memantapkan dan melengkapkan institusi pendidikan di negara. Andai kata anak-anak tertekan dengan peperiksaan mereka ada untuk membantu," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|