CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14168|Reply: 14

[Tempatan] Sindiket penyeludupan Bangla: Caj RM20,000 transit di Singapura, jalan kaki masuk Malaysia

[Copy link]
Post time 3-10-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Caj RM20,000 transit di Singapura, jalan kaki masuk Malaysia

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... aki-masuk-malaysia/

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
3 Oktober 2024, 11:42 am


Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Sindiket penyeludupan migran mengenakan bayaran hampir RM20,000 kepada warga Bangladesh untuk dibawa masuk ke negara ini dengan berjalan kaki melalui laluan terpencil ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) itu akan ditempatkan di sebuah rumah penampungan di Taman Daya di sini sebelum dibawa ke destinasi tertentu.

Kegiatan haram yang didalangi warga tempatan dan Bangladesh itu bagaimanapun terbongkar selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu rumah penampungan tersebut pada 9 September lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, aktiviti penyeludupan migran di sekitar Tambak Johor itu dikesan aktif sejak Ogos lalu.

“Dalam serbuan itu, seorang wanita tempatan dan tiga lelaki asing yang berperanan sebagai pengurus, transporter dan penjaga berjaya ditahan.

“Selain itu, 21 warga Bangladesh berusia 19 hingga 44 tahun berjaya ditangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumar memberitahu, siasatan awal mendapati warga asing tersebut akan diurus oleh ejen di Bangladesh dengan bayaran Taka 550,000 atau RM20,000 seorang sebelum transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

“Warga asing itu kemudian diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia dengan berjalan kaki melalui laluan terpencil menuju ke BSI.

“Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh 21 warga asing tersebut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang ke laut jer mcm tu. Tak abis2 nak jadi pati kat Malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 02:29 PM | Show all posts
"Kumar memberitahu, siasatan awal mendapati warga asing tersebut akan diurus oleh ejen di Bangladesh dengan bayaran Taka 550,000 atau RM20,000 seorang sebelum transit di Lapangan Terbang Changi, Singapura.
“Warga asing itu kemudian diuruskan oleh ejen sindiket untuk masuk ke Malaysia dengan berjalan kaki melalui laluan terpencil menuju ke BSI."

Pihak berkuasa Singapore tak akan bagi chance pada pati punya. No kesian, out you go. Kita pegi malezia la.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:04 PM | Show all posts
Tolong perhambat warganegara tempatan yg terlibat ni ke bangladesh termasuk pati tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-10-2024 03:42 PM

'MALAYSIA VOLE LA ABANG....' "Ini nigara banyak limah la..dia worang fikir macam mana mau minang itu pilihan raya saja...tada picaya tanya mintiri jaga ini nigara"....bangla pon
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
banyak betul pati. dah mcm ape dah mesia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2024 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Staff immi tgh sibuk buat kira2 kenaikan gaji hujung tahun ni kot......
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 09:46 PM | Show all posts
Rasuah tak rasuah time ko suwey kena lah ko

Warga tempatan tu elok lah benam kn kepala
Dia dlm loji taik
Sial punye pengkhianat
Cpt lah ko pindah alam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak betul duit org Bangla yer
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm cerita the bridge tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
camne boleh menyelit masuk bangunan tu tak lalu immi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
leluhur parashit paling hina dan terkutuk di atas muka bumi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut thai lagi senang nak masuk. Byk laluan tikus sne.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 04:41 PM | Show all posts
bangla suka malaysia kan rohingya pon suka la neh geng arab UK plak dok mai siap jd model MBSB plak buduh la hai mesiaku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 05:39 PM | Show all posts
tolongla bagi hukuman yang setimpal bagi mereka yg bersekongkol bawa PATI masuk malaysia ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.072992 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list