View: 15243|Reply: 29
|
[Tempatan]
‘Ringgit makin Kuat, 1 SGD Bakal Jadi RM2.90 Tak Lama Lagi’ – Pakar Singapura
[Copy link]
|
|
‘Ringgit Semakin Kuat, 1 SGD Bakal Jadi RM2.90 Tak Lama Lagi’ – Pakar Singapura
October 3, 2024 - 9:35 AM
OLEH
Hazim Jaafar
Pada ketika ini Ringgit Malaysia (RM) baru-baru ini menunjukkan kekuatan yang luar biasa berbanding Dolar Singapura (SGD).
Pakar meramalkan bahawa ia tidak lama lagi boleh mencapai tahap RM2.90 atau lebih rendah lagi, petik laman Wake Up Singapore.
Aliran positif ini sebahagian besarnya didorong oleh prestasi ekonomi Malaysia yang memberangsangkan dan perubahan terbaru dalam kadar faedah global.
Loo Cheng Chuan, seorang pakar teknologi dan pelabur dari Singapura, menyatakan bahawa kenaikan RM ini patut diberi perhatian untuk kedua-dua rakyat Malaysia dan Singapura.
Selain itu, beliau mendapati Ringgit telah meningkat daripada sekitar RM3.50 kepada kira-kira RM3.20 berbanding SGD dalam tempoh enam bulan lalu, peningkatan sebanyak 8 peratus.
Menurutnya lagi, dua faktor utama menyumbang kepada kekuatan RM adala keputusan Rizab Persekutuan AS untuk menurunkan kadar faedah dan reformasi ekonomi Malaysia di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Loo menjelaskan bahawa pengurangan kadar faedah AS telah mendorong modal yang sebelum ini mengalir ke AS untuk kembali ke Malaysia, meningkatkan nilai Ringgit.
Pada masa sama, kerajaan Malaysia telah memotong subsidi bahan api dan melaksanakan dasar yang sukar, seterusnya menyokong peningkatan mata wang.
Ini telah menyebabkan aliran pelabur asing meningkat dan seterusnya penukaran deposit mata wang asing, yang akan membantu menyokong Ringgit.
Lonjakan RM ini membawa pelbagai implikasi untuk kedua-dua negara. Bagi pengguna dan perniagaan Malaysia, mata wang yang lebih kukuh bermakna import lebih murah.
Menurutnya pengimport dan pengguna sudah pun menyedari faedah RM yang lebih kukuh, kerana harga barangan luar negara menjadi lebih berpatutan.
“Memandang ke hadapan, saya percaya Ringgit boleh terus meningkat sehingga 2025, dengan beberapa ramalan mencadangkan ia mungkin stabil sekitar RM3.00 atau bahkan mencecah RM2.90 menjelang akhir tahun,” kata Loo.- thevocket.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1SGD = 1RM
2026 nanti
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kira rakyat malaysia yg bekerja di Singapore akan mendapat pendapatan yg berkurangan lah ye? |
|
|
|
|
|
|
|
I hanya akan bersorak sorai gembira diseluruh negara kalau 1SGD=2.5ringgit. u can do better ringgit. |
|
|
|
|
|
|
|
Bolehlah pegi uss lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman i kecik2 dulu 1sgd=1myr
We ols gi sopink spork je . beli baju raya segala bagai kt sana..masa tu kedai kt spork accept myr....thn 80an punya cerita.. |
|
|
|
|
|
|
|
dedulu dalam tahun 80an rasanya mcm ni kan.. sebab kezen kalau pergi sana beli macam-2.. sebab masa tu kalau kat malaysia mahal.. kat singapore murah giler..
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap jadila..bestnya..tp.yg kerja spore sedih lah pulak yerr. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya najib
Zaman beliau rm1 = s$2
Tapi awnar pon bagus jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, ada gak nmpak hasilnya. Moga Ringgit makin mengukuh. Td pegi tukar duit, org money changer pun ckp, ringgit mmg naik dgn sume matawang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 3-10-2024 10:00 PM
1SGD = 1RM
2026 nanti
Ni boleh masuk uss seminggu |
|
|
|
|
|
|
|
dengan bhat dan riyal brapa skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
shalalat replied at 4-10-2024 10:08 AM
Ni boleh masuk uss seminggu
Aiol doakan jadik realiti. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 4-10-2024 08:00 PM
Boleh la transfer duit sesiap kat anak aku yang kat NUS nun. Dengan boleh la berjimba2 dengan dia. Kalau tak manjang rasa miskin bila masuk Singapore |
|
|
|
|
|
|
|
So mana yg kemahen eksyen kamen run sgd tu...pulanglah ke pangkal rahim makrop. Insya Allah kita bakalan hujan emas juga...mek siye pom nok riya kito deh. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 4-10-2024 02:22 PM
Zaman i kecik2 dulu 1sgd=1myr
We ols gi sopink spork je . beli baju raya segala bagai kt sana..masa ...
Sekarang semua dah ada kat Malaysia..tak payah pergi Singapurah |
|
|
|
|
|
|
| |
|