Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) diminta mengkaji penggunaan sistem maklumat pecah panggung Korea (KOBIS-Korean Box Office Information System) yang digunakan di Korea Selatan.
Menteri Komunikasi @fahmi_fadzil
berkata sistem yang digunakan Majlis Filem Korea (KOFIC) sejak 2004 itu adalah berfungsi mendapatkan informasi tepat dan secara masa nyata berkait angka jualan tiket dan penonton filem daripada pihak pawagam.