View: 9840|Reply: 32
|
[Tempatan]
Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di kasino Batam
[Copy link]
|
|
Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di kasino Batam
https://www.bharian.com.my/berit ... 000-di-kasino-batam
Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Oktober 3, 2024 @ 7:17pm
[email protected]
ALOR SETAR: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan FELCRA, Sabari Baharom, 62, dipercayai membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.
Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengelurkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.
Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.
"Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.
"Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.
"Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.
Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.
Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.
Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.
Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.
Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.
Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kasino batam smart dresscode jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
So klue dia mula2 dari transaksi akaun tabung haji la ya..terus bank dapat detect penama duit penerima |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih...berjudi kt batam...ni ada darah2 keturunan belah sana ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
miskin kedana pun kan main judi sampai ke batam.
apooo laa manusia ni.
mesti rugi tu yg balik |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya mmg ada dna indon ni..vavi sgt pangai..nk berjudi sampai sanggup membunuh!Mmg x de ati perut ye org tu byk tolong ko.semoga cpt ke neraka jahanam |
|
|
|
|
|
|
|
dah habis puas hidup la tu.. rompak, bunuh orang, judi.. baik ke tali gantung je la |
|
|
|
|
|
|
|
honeybee1802 replied at 3-10-2024 07:47 PM
Mak aih...berjudi kt batam...ni ada darah2 keturunan belah sana ke apa?
Orang Kedah...Melayu paling ori
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke kawan aku cakap, betul ke kalau 10 orang berjudi 7 org confirm kalah. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu judi haram
bole jadi ketagih |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah berapa la duit mangsa ni hangus dijoli katak kan si taik judi tak guna ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
kata hutang along.. ni judi pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya la tak ong, 16k abis gitu je
Balik je kena tangkap…haaa padan muka! |
|
|
|
|
|
|
|
Jahatnya setan2 ni.
sedihnya cmna la ank2 dorang trima knyataan bapak kna bnuh cmpak dlm sungai mcm sampah pastu pmbnuh happy2 joli duit mngsa.
semoga diberi kkuatan bt fmly arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Berdosa membunuh seorang muslim..bertambah2 berdosa berjudi...tu belum dosa yg lain2 kalau ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa hari dia amik masa nak keluarkan, kalau ikut atm kan 3k je sehari.. ke kalau kita link TH dengan maybank dan bank islam, kita boleh draw 3k sehari bagi setiap bank? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Batam ori ialah melayu kepulauan riau sama spesis melayu johor.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada orang ketagih seks tapi seks tak diharamkan
|
|
|
|
|
|
|
|
Berzina tu haram
Kalau dengan isteri2 itu namanya lezat
|
|
|
|
|
|
|
| |
|