CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11046|Reply: 0

[Sarawak] Lonjakan bil elektrik, SEB digesa adakan dialog bersama pelanggan

[Copy link]
Post time 3-10-2024 09:46 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) digesa mengadakan dialog terbuka bersama pelanggan ekoran kebimbangan yang semakin meningkat mengenai lonjakan bil elektrik terutama sekali perniagaan.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii (gambar) berkata demikian ekoran pihaknya menerima banyak maklum balas mengenainya selepas pihak SEB menggantikan meter elektrik pengguna dengan meter pintar, menyebabkan peningkatan kira-kira 30 peratus.

"Dalam kes baru-baru ini, seorang pengguna melaporkan bahawa selepas SEB menukar meter pintar, penggunaan elektrik untuk kedai kecilnya melonjak kepada 12,788KWH dalam tempoh 44 hari, berjumlah RM4,136.33.  

"Ini hanyalah satu daripada banyak kes dan ramai pengguna telah menyatakan kebimbangan mengenai kenaikan bil elektrik mereka selepas bertukar kepada meter pintar tersebut.  

"Ini telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap dasar bekalan tenaga yang disalurkan oleh SEB yang sering berbangga kerana mempunyai tarif termurah di negara ini.

"Adakah lonjakan dalam bil elektrik ini disebabkan kerosakan pada meter pintar atau adakah ia disebabkan oleh kesilapan manusia, seperti bacaan meter yang tidak betul dimasukkan ke dalam sistem bil?" katanya.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar SEB menganjurkan sesi dialog terbuka dengan pengguna supaya terdapat saluran penglibatan dua hala untuk menerangkan dasar meter pintar semasa dan menangani pelbagai kebimbangan yang dibangkitkan oleh orang ramai.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-3-2025 03:41 PM GMT+8 , Processed in 1.585960 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list