CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24740|Reply: 0

[Sarawak] Bincang awal peruntukan kerusi perkara sia-sia

[Copy link]
Post time 3-10-2024 10:14 PM | Show all posts |Read mode
Terlalu awal bincang peruntukan kerusi, fokus kepada perkhidmatan penting: Tiong



BINTULU: Terlalu awal untuk membincangkan secara terbuka peruntukan kerusi sebaliknya fokus kepada perkhidmatan (rakyat) sekarang adalah penting, kata Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing (gambar).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Bintulu itu berkata, meskipun masih ada masa yang agak lama sebelum pilihan raya Sarawak akan datang, laporan media mengenai parti politik atau mereka yang berebut-rebut mahupun 'pratempahan' kerusi telah mencetuskan perdebatan dan spekulasi yang tidak perlu dalam kalangan orang ramai.

"Saya ingin menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk membincangkan peruntukan kerusi pada peringkat ini," kata Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, faktor utama sepatutnya sama ada calon diterima pengundi dan boleh menang atau tidak.

Justeru beliau berharap pemimpin politik, media konvensional dan sosial, mengelak daripada membincangkan mengenai perebutan kerusi secara meluas sebelum pilihan raya Sarawak berlangsung kerana ini boleh menjejaskan semangat kolektif prinsip GPS 'Utamakan Sarawak'.

Ujarnya, persoalan parti mana yang bertanding di kawasan mana akan ditentukan apabila tiba masanya berdasarkan faktor utama seperti penerimaan pengundi, kualiti perkhidmatan dan peluang untuk menang.

"Apabila tiba masanya, keputusan akan menjadi jelas maka perbincangan berulang tentang peruntukan kerusi hanya akan meresahkan orang ramai, membuatkan kita hilang tumpuan dan tidak adil kepada bakal calon yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Katanya, perbincangan yang tidak wajar akan mengalihkan perhatian daripada sumbangan mereka yang telah lama berkhidmat yang tidak akan disedari.

"Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep turut memberi maklum balas mengenai perkara ini dengan keutamaan menjunjung semangat GPS dan 'Utamakan Sarawak' secara tidak langsung menekankan bahawa kedudukan PDP kekal konsisten.

"Kami adalah parti yang berkhidmat kepada rakyat, komited untuk mengekalkan standard kualiti perkhidmatan yang tinggi.

"Sama ada kami akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya akan ditentukan oleh rakyat dan pucuk pimpinan GPS dan kami menghormati sepenuhnya keputusan itu," tegasnya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan Naib Presiden Kanan PDP Dato Sri Wong Soon Koh dan Dr Johnical Rayong Ngipa untuk tidak hilang fokus kerana khabar angin tetapi menumpukan perhatian kepada tugas mereka berkhidmat kepada rakyat.

"Selebihnya akan ditentukan dalam masa terdekat," katanya sambil menambah, apabila rakyat Sarawak semakin maju dan kesedaran awam semakin meningkat maka kita tidak boleh lagi melihat peruntukan kerusi dengan pemikiran ketinggalan zaman.

"Siapakah yang boleh membawa Sarawak ke arah kemajuan, pembaharuan dan kemakmuran?

"Siapa yang benar-benar berkhidmat kepada rakyat Sarawak?

"Rakyat sedang memerhati dan akan membuat pertimbangan sendiri," katanya.

Disebabkan itu katanya, bekerja keras secara senyap adalah kunci untuk mendapatkan tempat dalam pilihan raya Sarawak akan datang, pendek kata adalah sia-sia untuk membincangkan peruntukan kerusi begitu awal.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.169388 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list