CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11233|Reply: 2

[Tempatan] Tuan Haji Ali Hassan..Pengasas kedai sukan Al-Ikhsan Dedah 30 Tahun Berniaga Tak Naikkan Harga Barang

[Copy link]
Post time 3-10-2024 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 3-10-2024 11:36 PM

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @FahdiGhazali, dia menemu ramah pengasas kepada empayar Al-Ikhsan iaitu Tuan Haji Ali Hassan.




Ikon bisnes hebat ini berkongsi yang dia sedia menawarkan barangan seperti kasut sukan bermula harga serendah RM100 sehingga ribuan ringgit. Kedainya bukan sahaja menawarkan alat atau pakaian  berjenama terkenal malahan ia tampil membawa jenama kurang popular tetapi berkualiti serta berfungsi dengan baik.

“Yang mahal ada dekat Football Republic, yang sederhana pula ada di Al-Ikhsan Sports dan yang nak lagi murah dekat Sport Warehouse.

“Jadi kalau anak-anak orang datang, dia kata ak janji beli dekat Al-Ikhsan pun aku(merujuk pada dirinya) dah happy,” kongsinya.

Walaupun dituduh membawa barangan tiruan dan menerima teguran Al-Ikhsan tidak tampak premium seperti kedai sukan terkenal lain, Tuan Haji Ali Hassan menegaskan yang dia menjual barangan tulen dalam masa sama mahu memenuhi keperluan buat keluarga yang kurang berkemampuan tapi mahu mendapatkan barangan yang berkualiti.

“Jadi orang datang ke kedai kita untuk beli barang itu, kita provide benda itu ada manfaat,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, sebab tidak mahu menaikkan harga sejak 30 tahun yang lalu adalah kerana pernah merasai fasa hidup yang susah pada suatu ketika dahulu sebelum berjaya seperti ini.

“Kerana aku tahu, aku ada perasaan sebab aku juga susah dulu. Bila aku nak beli barang, macam ni lah susah dia,” kongsinya sebab tidak mahu menaikkan harga barangan sejak 30 tahun lalu

Dengan menjalankan bisnes sebegini, beliau turut merasa bahagia kerana dapat memenuhi segmen orang yang berpendapatan rendah dan dalam erti kata lain dapat menyumbang semula kepada masyarakat tanpa menfokuskan keuntungan semata-mata.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum ni iols ingatkan kedai al ikhsan ni ada kaitan dengan kedai ikhwan tu, rupanya bukan eh
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 3-10-2024 11:46 PM
Sebelum ni iols ingatkan kedai al ikhsan ni ada kaitan dengan kedai ikhwan tu, rupanya bukan eh

Laa..kesian.. hahahaha

Ni mcm GIBS org ingtkn ada kaitan dgn GISB la ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.232462 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list