CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34876|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 800 aduan salah guna media sosial belia di Sarawak direkodkan

[Copy link]
Post time 3-10-2024 11:54 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lebih 800 aduan salah guna media sosial dalam kalangan belia di Sarawak direkodkan sejak Januari hingga Julai 2024.



Gerald (tengah) merakam kenangan bersama peserta ahli MPBN.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu mendedahkan aduan melibatkan kes buli siber, penipuan dalam talian; penipuan dan kes lain.

“Terdapat lebih 800 kes dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Sementara, menurut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), setiap hari memang ada kes melibatkan belia yang dilaporkan dan dari segi siasatan masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Sarawak 2024 di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

Gerald menambah, masalah penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak agensi, tetapi ia juga merupakan tanggungjawab bersama ibu bapa dan masyarakat.

“Banyak pendedahan yang perlu dibuat lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar berkaitan jenayah yang dibuat melalui media sosial ini.

“Usaha itu perlu dilakukan bagi membendung masalah ini daripada semakin berleluasa supaya dapat melahirkan komuniti yang tahu cara menjaga keselamatan diri dan tahu perkara yang betul dan salah.

“Jangan menunggu kesilapan berlaku baru kita nak panggil polis atau buat laporan kepada MCMC”, katanya.

Malah, Gerald percaya sekiranya undang-undang ditambah baik selepas ini ia dapat membendung masalah penyalahgunaan media sosial dalam kalangan belia.

Antara lain yang dibincangkan dalam mesyuarat ialah masalah gejala sosial dalam kalangan belia, masalah keciciran belia dalam bidang pendidikan formal dan usaha memperluas peluang pekerjaan kepada golongan belia di Sarawak.

Hadir sama Setiausaha Agung Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Shafiee Ahmad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau, wakil kementerian dan agensi serta persatuan dan kelab terlibat yang lain.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062388 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list