View: 12387|Reply: 1
|
[Dunia]
MERCY Malaysia agih bantuan kepada 1,100 rakyat Lubnan dalam krisis
[Copy link]
|
|
MERCY Malaysia agih bantuan kepada 1,100 rakyat Lubnan dalam krisis
https://www.bharian.com.my/berit ... lubnan-dalam-krisis
Oleh Suzalina Halid - Oktober 4, 2024 @ 5:27pm
[email protected]
Rakyat Lubnan membawa barangan peribadi ketika melalui runtuhan untuk meninggalkan negara itu susulan serangan udara oleh Israel. - REUTERS
KUALA LUMPUR: MERCY Malaysia melalui pasukan keduanya yang tiba di Lubnan Khamis lalu menyasarkan agihan bantuan misi kemanusiaan kepada sekurang-kurangnya 1,100 penduduk daripada 300 keluarga di negara itu.
Ketua Operasi Global MERCY Malaysia, Shah Fiesal Hussain, berkata penghantaran pasukan kedua itu susulan kepada pasukan awal yang digerakkan sebelum ini bagi menyalurkan bantuan segera terhadap krisis kemanusiaan di Lubnan akibat serangan udara Israel.
Mengulas lanjut, katanya, pasukan kedua itu akan menjalankan misi selama 10 hari dengan fokus kepada tiga sektor iaitu perubatan dan kesihatan, perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak serta aspek keselamatan makanan serta nutrisi.
Beliau berkata, sehingga kini beliau bersama seorang lagi ahli pasukan sudah selesai melaksanakan proses penilaian sebelum misi pasukan kedua bermula, hari ini.
"Semalam kita ada pergi ke beberapa tempat perlindungan sementara bagi penduduk setempat yang berpindah dari selatan ke Beirut dan membuat penilaian.
"Hari ini kita dijangka agihkan kit kebersihan kepada 40 keluarga tempatan dan seterusnya lebih banyak lagi keluarga tempatan di kawasan sekitar Rafic Hariri," katanya kepada BH.
Dalam pada itu, Shah Fiesal berkata melalui misi pasukan pertama ke Lubnan akhir September lalu, sebanyak 80 keluarga tempatan berjaya dibantu membabitkan agihan perubahan, selimut, tilam dan makanan.
Katanya, melalui tiga sektor bantuan ini, MERCY Malaysia menggariskan tiga komponen untuk difokuskan iaitu tempat perlindungan sementara yang selamat bagi kanak-kanak dan wanita, rawatan perubatan kritikal dan kecemasan, trauma, kesihatan mental serta penjagaan sosial.
"Sehingga kini keadaan di tengah Beirut dilaporkan tenang dengan hotel kami terletak kira-kira 800 meter dari kedutaan Malaysia.
"Kami akan berada di sini sehingga 12 Oktober untuk melaksanakan misi membabitkan tiga sektor yang kita tekankan.
"Melalui komponen itu, kita juga akan membina dapur di tempat perlindungan sementara yang mana secara keseluruhan ada 10 pusat di sini," katanya.
Beliau berkata, bagi pergerakan selanjutnya, MERCY Malaysia akan bergerak ke lokasi benteng terakhir sebelum tiba ke Beirut iaitu Sida untuk meninjau bantuan yang boleh disalurkan ke kawasan itu.
Katanya, pasukannya akan melakukan penilaian di Sida yang mengambil masa dua jam dari tengah Beirut, sebelum bantuan boleh disalurkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang dah 50 tahun kat Australia tu tak pulak nak balik bantu bangsa sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|