View: 14589|Reply: 0
|
[Tempatan]
Bayar saman dulu baru naik taraf lesen B penuh, kata JPJ
[Copy link]
|
|
Bayar saman dulu baru naik taraf lesen B penuh, kata JPJ
https://www.freemalaysiatoday.co ... aman-dulu-kata-jpj/
Bernama
04 Oct 2024, 02:35 PM
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata saman JPJ dan polis tertunggak perlu diselesaikan bagi mendapatkan kelonggaran naik taraf lesen itu. (Gambar Bernama)
Orang ramai berminat juga dikehendaki tidak disenarai hitam dan memegang lesen B2 selama 10 tahun.
KAJANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai menyemak dan menyelesaikan saman tertunggak terlebih dahulu bagi melayakkan menyertai Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).
Ketua Pengarah Aedy Fadly Ramli, berkata saman tertunggak JPJ dan polis perlu diselesaikan meskipun kelonggaran syarat diberikan untuk memohon program peralihan berkenaan.
“Orang awam yang mempunyai lesen kelas B2 selama 10 tahun dan ke atas serta tidak disenarai hitam ataupun mempunyai saman tertunggak layak untuk memohon.
Tetapi, jika mereka dapati tidak layak meskipun telah memenuhi kriteria 10 tahun ke atas, mereka perlu buat semakan dan menyelesaikan saman tertunggak dahulu, katanya ketika sidang media Operasi Khas Kenderaan di Batu Lima, Jalan Bangi Lama.
Aedy berkata, semakan kelayakan boleh dibuat di aplikasi MyJPJ, kaunter JPJ, serta laman web JPJ.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|