CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35879|Reply: 0

[Kedah] Kerajaan Pusat bantu selesaikan masalah Kulim Hi-Tech

[Copy link]
Post time 7-10-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Pusat bantu selesaikan masalah Kulim Hi-Tech


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Oktober 7, 2024 @ 2:57pm [email protected]







Ahmad Zahid hadir lawatan kerja ke Kulim Hi -Tech di Kulim.- Foto NSTP/ Wan Nabil Nasir





KULIM: Kerajaan Pusat sedia menyelesaikan masalah dialami pelabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) melalui kerjasama bersama kementerian dan agensi berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama itu menyaksikan penubuhan sekretariat tetap bagi mengkoordinasi penggunaan tenaga kerja dan melihat keperluan semasanya.

Jelasnya, bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan profesional di Kulim Hi-Tech, institut latihan akan diminta menawarkan kursus yang dapat memenuhi permintaan industri.

"Dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kita putuskan penubuhan sekretariat tetap bagi mengkoordinasi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan setiap industri di Kulim Hi-Tech.

"Walaupun setiap industri berbeza, kursus yang disediakan setiap institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu selaras dengan keperluan dalam bidang berkaitan di Kulim Hi-Tech," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu Ahmad Zahid mengadakan lawatan kerja dan menghadiri forum bersama pelabur Kulim Hi-Tech.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan EXCO Pelaburan negeri, Dr Haim Hilman Abdullah.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata model yang digunakan Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) akan digunakan bagi mengelak perpindahan antara pekerja mahir antara industri di Kulim Hi-Tech.

Katanya, amalan pekerja yang berpindah antara syarikat terbabit didapati menjejaskan produktiviti industri yang perlu mendapatkan pekerja mahir baharu.

"Masalah kedua adalah isu guna tenaga iaitu perpindahan pekerja antara syarikat menyebabkan penurunan produktiviti apabila perlu mendapatkan tenaga kerja baharu.

"Kami mencadangkan perjanjian persefahaman antara semua industri dibuat dengan menggunakan model NUBE untuk tidak mengambil pekerja antara syarikat di Kulim Hi-Tech," katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan masalah mendapatkan rawatan perubatan dialami kira-kira 45,000 pekerja di Kulim Hi-Tech akan segera diselesaikan bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.

"Saya akan berbincang bersama Menteri Kesihatan dalam memperoleh keperluan perubatan yang cukup untuk kira-kira 45,000 pekerja kerana tidak cukup katil hospital bagi rawatan.

"Bagi masalah kesesakan terutama di waktu kemuncak, kita akan bincang dengan Menteri Dalam Negeri untuk meletak pegawai dan anggota trafik di waktu puncak," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307804/kerajaan-pusat-bantu-selesaikan-masalah-kulim-hi-tech






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.124310 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list