CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37032|Reply: 18

Netizen ‘Gali’ Harga Jam Tangan Zul Ariffin Cecah RM200k – ‘Bukan Cokia Punya Brand’

[Copy link]
Post time 7-10-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode





Pelakon kacak Zul Ariffin sekali lagi menyorot perhatian warganet, kali ini dengan jam tangan mewah yang dimilikinya.


Menerusi sesi temu bual bersama DJ Nazz, Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin mendedahkan harga setiap barangan yang digayakannya.





Antara yang menarik perhatian adalah jam tangan berjenama Audemars Piguet (AP) koleksi Royal Oak yang dipakainya. Bagaimanapun, Zul tidak mendedahkan tentang harga jam tersebut.


"Hadiahlah. AP tak.. AP okay (bukan harga kayangan), ramai orang pakai."


"Jam adalah aksesori lelaki. Saya jenisnya bukan yang pakai gelang, cincin atau rantai."





Sementara itu, aktor berasal dari Taiping, Perak tersebut sempat berkongsi fesyen wanita yang tidak digemarinya.


"Bagi saya kalau perempuan tu pakai apa pun okay selagi dia selesa dan sudah semestinya tidak keterlaluan. Yang seksi dan terdedah..dia tak ada ‘appealing’, mungkin budak-budak mudalah.


"Saya suka tengok perempuan yang pakai pakaian longgar..’very very loose’ dan relaks."


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terpesona dengan jam tangan mewah milik pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu.







Menurut mereka, jam berjenama mewah tersebut boleh mencecah harga sehingga RM200,000.


"Baru tengok tadi, harga RM200k."


"Sekarang jam AP Royal Oak cecah RM200k ke atas.


"Ini koleksi jam mewah yang diimport, bukan ‘cokia’ punya brand. Ini tolak dekat kedai jam, tak mampu nak ambil sebab market dia terlalu tinggi."





Sumber - DjNazz, Oh Bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke perkara biasa kalu artis pakai jam mahal.kadang jadi duta atau promote jam pun boleh dapat free.yg ni tak tahu lah tapi 200k celah gigi sherif je
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 03:46 PM | Show all posts
akido_kido replied at 7-10-2024 03:41 PM
Bukan ke perkara biasa kalu artis pakai jam mahal.kadang jadi duta atau promote jam pun boleh dapat  ...

betul...tgk scawal asyik attend jam tangan nyer event..mesti dpt seketul dua nyer
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:21 PM | Show all posts
iols cuma nak tunggu bidio dia yg baru atau yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 7-10-2024 05:21 PM
iols cuma nak tunggu bidio dia yg baru atau yg lain

Dah xde kann.. Simpan elok2.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
knp nampak muka dia besar sgt mcm nak meletup je dlm video tu haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 06:24 PM | Show all posts
TT pun.... dah tak de cite lain ke nak kabar mengenai kegiatan ZA.  Hal jam tangan mahal pun nak dihighlightkan.  Dia beli ke, dpt hadiah ke kenapalah nak kepoh sangat.  Mungkin Zul beli kat Mekah/Madinah ke atau dpt hadiah drp buss. partner Arab ke....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 08:54 AM | Show all posts
Heols kata hadiah kan... maybe acik Gaya la tu kot... takkan Acik Yebby pulak... hihihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mcm menyampah dgn interviewer ni. Intonasi suara serius, tp tanya soalan simple bodoh.

Jam, pakai jam apa
Baju beli dkt mana
Baju beli harga berapa

Pastu selak rambut

Kasut.. Kasut brand apa

Eh dah kenapa cemerlang sgt soalan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:15 PM | Show all posts
https://www.audemarspiguet.com/

igtkan ap ape lah td
yes...harga die ratus2 ribu yach
infact ada yg cecah juta jugak

iols mampu je
mampu tengok

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh  Zul ni igt kan tinggi. Tapi bila berdiri tegak tgi sikit je dari DjNaz ni. Hari tu Dj ni iv KJ, mcm kemetot terus dj ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu terus thread ni..meh iols tlg memeriahkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Tinot7 at 8-10-2024 04:53 PM
makita replied at 8-10-2024 01:18 PM
Eh  Zul ni igt kan tinggi. Tapi bila berdiri tegak tgi sikit je dari DjNaz ni. Hari tu Dj ni iv KJ,  ...


KJ tinggi la




Dia satu kepala tinggi drp iols.. tapi iols ni mmg rendang orgnya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:34 AM | Show all posts
dia nk upkan jul ni sbb ada yg psgkan dgn bingai ostolia tu ke?
kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:22 AM | Show all posts
AP Royal Oak mmg mahal. Tapi ramai yang pakai.
Dan sebab design royal oak ni simple, banyak copy ori yang even boutique pun tak boleh differentiate. Even kalau under HD pic pun compare side by side yang Ori dengan high quality punye copy still tak boleh nak differentiate. Korang boleh google.. Bukanlah aku nak cakap dia pakai tak ori.. cuma market sekarang ni dah penuh dengan high grade copy yang harga pun ribu2, bukan ratus2. Enjin pun pakai Swiss ETA..takpun yang korok sikit pakai enjin Jepun yang memang terkenal reliable (sometimes even more so daripada enjin Swiss).

Tapi aku suka cara bam jul ni, ada artis2 yang poyo bila kene iv dengan DJ Naz ni, semua pun branded. Zul ni simple aje, pakai brand Zara, Ted Baker, Tom Ford... yang kita2 pun pakai.. dan masalah dia sama dengan aku, kaki / peha besar.. so kalau pakai jeans mcm levis tak selesa sangat, even kalau pakai straight cut.. nak pakai baggy/carrot cut mcm katun pulak.. tapi pada aku pulak, Uniqlo paling selesa, cutting dia almost semua kena dengan badan aku, except those skinny fit la.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by minahgempal at 10-10-2024 12:07 AM

zul nie kalau dia bercerita psal selera dia dkt org perempuan mcm sus skit utk i..yg dia selalu date mmg rata2 seksi2 dgn leaked gmbr bogel and video dia lgi..lps tu selamba pegang2 perempuan..tpi sapa pernah jumpa zul?sombong tak ehh dia?ramai yg kata dia sombong..and i tak pernah nmpk dia nie baik dgn mna2 artis..baik yg bru atau yg lma..ke takut conflict of interest??artis2 perempuan ramai la yg ngeletis(lgi2 ruhanies tu)...tpi pelakon2 lelaki nmpk mcm tk ada pun yg dia rapat..ke sbb dia mat poyo...

serius lah zul baru 38...beza dgn i 3 tahun jek..kenapa dia kata diri dia aging..mcm dah 45 plk...pemikiran dia pun nmpk aging jgk...he is so alpha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 12:08 AM | Show all posts
akido_kido replied at 7-10-2024 03:41 PM
Bukan ke perkara biasa kalu artis pakai jam mahal.kadang jadi duta atau promote jam pun boleh dapat  ...

Kan? Biasalh mna2 artis jdi ambassador utk brg2 yg mahal aka branded, cuma netz ni kdg2 bengap. X thu apa2 psl ni pstu asek mngutuk artis2 yg jdi ambassador ni, lgi2 yg B40 jnis nak attack smua org just bcs org lain mmpu & dia x mmpu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 12:10 AM | Show all posts
swimswim replied at 8-10-2024 01:13 PM
Aku mcm menyampah dgn interviewer ni. Intonasi suara serius, tp tanya soalan simple bodoh.

Jam, pa ...

Soalan yg sngja d tnya spya pndengar2 nnti jadikan bahan mngumpat, kan netz ni suka mnyalahkn org lain & worst, msti jdi x mmpu mcm dorg yg certain nya x mampu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
tgk interview nie warm personality la zul nie...tak sombong pun..

https://youtu.be/71WKXEz7Ngg?si=fwJQ562ST04Bhynb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 105080 Replies : 4763
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41928 Replies : 83
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 29232 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 6234 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.116098 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list