View: 22166|Reply: 4
|
[Tempatan]
Edisi curi tulang:Mahkamah Pertahan Coway Malaysia Pecat Kakitangan Main PS4 Waktu Kerja
[Copy link]
|
|
Mahkamah Perindustrian melihat tindakan memecat pekerja yang didapati bermain permainan video PlayStation 4 (PS4) semasa waktu kerja oleh Coway (Malaysia) Sdn Bhd adalah adil dan mengikut hak syarikat, lapor NST.
Dalam keputusan yang dikeluarkan oleh Pengerusi, Mohd Zulbahrin Zainuddin, tindakan syarikat Coway didapati sah dalam memecat Syaireel Ammir Musa.
Bekas pekerja itu ditamatkan perkhidmatannya kerana melanggar polisi syarikat selepas bermain PlayStation 4 bersama beberapa orang bawahannya di premis syarikat antara 23 dan 26 Ogos 2022.
Syaireel, yang mula bekerja sebagai jurulatih teknikal junior di Coway pada tahun 2015, dikatakan ditangkap oleh pengurus jabatan, Nur Amirul Sawaludin, ketika sibuk bermain permainan video.
Satu siasatan dalaman telah dijalankan oleh syarikat selepas menerima aduan daripada pengurusnya, yang akhirnya membawa kepada pemecatan perkhidmatan Syaireel pada 4 November 2022.
Dalam penghakimannya yang bertarikh 2 Oktober 2023, Zulbahrin menjelaskan bahawa tiada sebarang kecacatan dalam keseluruhan proses siasatan yang dijalankan oleh syarikat.
Lebih penting lagi, Syaireel sendiri mengakui dalam perbicaraan bahawa beliau memang bermain permainan video semasa waktu kerja, yang jelas melanggar peraturan syarikat.
“Adalah jelas daripada pengakuan pengadu bahawa dia bermain permainan video semasa waktu kerja, yang mana ia dilarang oleh polisi syarikat.
“Dia seharusnya sedar bahawa terlibat dalam aktiviti yang tidak berkaitan dengan kerja bukan sahaja melanggar peraturan, malah ia juga dilarang dari segi ajaran agama,” tegas Zulbahrin dalam keputusannya.
Beliau turut menambah bahawa tindakan Syaireel menjadikan premis syarikat sebagai tempat untuk “melepaskan tekanan” dengan bermain permainan video adalah satu bentuk pelanggaran peraturan syarikat.
Lebih memburukkan keadaan, tiada sebarang kebenaran rasmi diberikan oleh pihak syarikat untuk berbuat demikian.
Semasa perbicaraan, Syaireel turut gagal menunjukkan sebarang bukti mengenai elemen ‘mala fide’ (niat jahat) atau tindakan tidak beretika oleh pihak syarikat semasa proses siasatan dalaman dijalankan.
Mahkamah akhirnya memutuskan bahawa pemecatannya dilakukan atas sebab yang adil dan berasaskan bukti kukuh.
“Pihak syarikat telah berjaya membuktikan, berdasarkan imbangan kebarangkalian, bahawa penamatan perkhidmatan pengadu dilakukan dengan sebab yang adil dan munasabah,” kata Zulbahrin dalam keputusan bertulisnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bodoh tu jgn bawak kampeni lain tawwww |
|
|
|
|
|
|
|
nak pecat org ada procedurenya...warning letter etc...
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa bawak PS tu siap tv bagai? |
|
|
|
|
|
|
|
ini bukan sekali buat masalah agaknya, mungkin kesalahan berulang, kena baca fakta kes pulak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|