View: 22825|Reply: 16
|
6 warga China dicekup, dalang pecah rumah dua tingkat
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Kelicikan enam warga China dibantu seorang lelaki tempatan melakukan pecah rumah rumah dua tingkat sejak awal tahun ini berakhir selepas dicekup dalam serbuan berasingan selama dua hari bermula kelmarin.
Kesemua mereka berusia 30 hingga 40an itu dicekup di sebuah hotel tiga bintang di Kuala Lumpur dan kondominium di Subang Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati modus operandi kumpulan ini adalah menyewa kereta termasuk jenis Perodua Bezza dan Alza bagi tujuan jenayah tersebut di sekitar Sabak Bernam.
Katanya, mereka terlibat dalam lapan kes di daerah tersebut.
“Mereka menyasarkan rumah dua tingkat tidak berpenghuni dengan melarikan barang berharga termasuk disimpan dalam peti besi keselamatan.
“Hasil samun digunakan mereka terutama penjenayah warga China ini untuk tinggal berpindah randah dengan menginap di hotel termasuk bertaraf tiga bintang,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Menurut beliau, enam warga China itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan siasatan lanjut dilakukan berapa lama mereka berada di negara ini.
Siasatan turut dilakukan sama ada mereka masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong.
“Peranan suspek tempatan itu pula mengenal pasti rumah yang ingin dipecah masuk dan melupuskan barangan yang dicuri mereka.
“Semakan turut mendapati kumpulan ini juga terlibat dalam tiga kes di Negeri Sembilan dan masing-masing satu kes di Perak dan Pahang,” jelasnya.
Beliau berkata, ini merupakan kes pertama sejak dua tahun lalu melibatkan kes jenayah pecah rumah didalangi warga China berbanding sebelum ini lebih kepada warga Latin.
“Sepanjang tangkapan itu kita turut merampas pelbagai barang hasil jenayah dan peralatan digunakan mereka selain dua kereta.
“Kesemua suspek direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Hujung² tali barut tehtap warganegara khuens |
|
|
|
|
|
|
|
potong je tgn warga asing yg curi samun ni pakai hukum hudud.
baru aman |
|
|
|
|
|
|
|
lain macam...selalu dulu2 yg pecah rumah ni indon, bangla, rohingya..
sekarang dah upgrade warganegara china pulak |
|
|
|
|
|
|
|
warganegara tu kena sebat 100x |
|
|
|
|
|
|
|
Kita talak culi maaa...kita pandai meniaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Polisi ni bertujuan untuk tap these two huge markets for tourism. Implementation perlu diperkemas, elak abuse apalagi korupsi.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah diucapkan kepada pihak polis |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut beliau, enam warga China itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah dan siasatan lanjut dilakukan berapa lama mereka berada di negara ini.
document perjalanan masuk yang sah - takdak
bila masuk sini - tak tau
berapa lama sudah duduk sini - tak tau
|
|
|
|
|
|
|
|
berani eh mencuri kat negara orang |
|
|
|
|
|
|
|
1.2 juta ummah PRC hilang tanpa dikesan tanpa rekod keluar dari negara ini menurut rekod Imigresen Malaysia dari tahun 2019 hingga 2021, tersenyum sinis dari alam persembunyian sebalik mata Ayoh Pinky
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni China B40. Cina T20 buat jenayah kolar putih |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka dah ada pati China, dah level2 rohingya dah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|