CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5941|Reply: 1

[Jenayah] 23 harta GISBH bernilai lebih RM52 juta berada di luar negara

[Copy link]
Post time 11-10-2024 08:41 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh maklumat berkaitan 23 harta milik GISB Holdings (GISBH) di luar negara membabitkan 10 negara dengan anggaran nilai RM52.4 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata pada masa ini pihaknya masih menunggu pengesahan harta itu dari negara yang terbabit bagi tindakan lanjut pembekuan dan penyitaan di bawah Akta 613.

"Kita masih mengumpul maklumat daripada pihak berkuasa luar negara berkaitan aset-aset GISBH yang berada di luar negara," katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

"Kita sudah mendapat maklum balas daripada rakan sekerja (pihak berkuasa) yang memaklumkan ada tiga premis berhenti beroperasi.

"Papan tanda premis itu juga diturunkan, malah tingkap juga ditutup dengan plastik hitam," katanya

Mohd Shuhaily berkata, pihaknya menggunakan pendekatan melalui Polis Antarabangsa (INTERPOL), pihak berkuasa negara terbabit dan agensi-agensi berkaitan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menerima maklumat berkaitan keberadaan dan pergerakan ahli GISBH di negara itu.

"Sebelum ini, dimaklumkan sebanyak 19 negara yang ada premis GISBH. Kita masih menunggu maklum balas daripada sembilan lagi pihak berkuasa berkuasa," katanya.

Berita Harian




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2024 09:32 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.040345 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list