CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43045|Reply: 6

[Tempatan] Kesan ledakan AI, digitalisasi, ekonomi hijau, 600,000 pekerja dari 10 sektor perlu persiapkan diri

[Copy link]
Post time 11-10-2024 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Kesan ledakan AI, digitalisasi, ekonomi hijau, 600,000 pekerja dari 10 sektor perlu persiapkan diri

https://www.bharian.com.my/berit ... 000-pekerja-dari-10

BERNAMA - Oktober 11, 2024 @ 10:42am


- FOTO hiasan.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 600,000 pekerja dikenal pasti memerlukan pemahiran semula dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang kesan daripada perkembangan kecerdasan buatan (AI), digitalisasi dan ekonomi hijau.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata mereka ialah pekerja dalam 10 sektor strategik terhadap ekonomi negara dikenal pasti menerusi fasa pertama Kajian Impak AI, Digitalisasi dan Ekonomi Hijau Terhadap Pasaran Kerja yang dilaksanakan kementeriannya, Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) serta pihak industri.

Beliau berkata, 10 sektor berkenaan ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT); perkhidmatan perniagaan global; pembuatan farmaseutikal; pembuatan dan perkhidmatan makanan; elektrik dan elektronik; aeroangkasa; perniagaan borong dan runcit; peranti perubatan; tenaga dan kuasa.

Sehubungan itu, Sim berkata, laporan berkenaan yang akan dikeluarkan pada bulan depan tidak harus dilihat daripada sudut negatif sebaliknya dijadikan asas mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang perkembangan.

"Saya tidak mahu orang ramai mengambil laporan ini dengan negatif, pesimistik atau sinis. Sebabnya kita melakukan ini supaya kerajaan, industri serta individu boleh bersedia mempersiapkan diri sendiri, tidak mahu caught of guard," katanya dalam satu taklimat mengenai kajian berkenaan di sini semalam.

Sim berkata, fasa pertama kajian melibatkan 10 sektor berkenaan menyumbang kira-kira RM933 bilion atau sekitar 60 peratus kepada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas.

"Sektor-sektor ini juga ialah sektor yang mengambil paling ramai pekerja, lebih kurang 3.5 juta pekerja mahir dan separuh mahir," katanya sambil menambah fasa kajian seterusnya akan melibatkan 14 lagi sektor yang akan dikenal pasti.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil kajian berkenaan akan dimasukkan dalam portal MyMAHIR Future Skills Talent Councils bagi membolehkan kerajaan sebagai pembuat dasar untuk melihat kesan AI, digitalisasi dan ekonomi hijau dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Selain itu, ia juga penting kepada pelabur bagi melihat ekosistem dan kemahiran pekerja di Malaysia serta untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merangka strategi masing-masing.

"Seterusnya, paling penting ialah pekerja, supaya jika pekerjaan mereka terkesan apakah yang boleh dilakukan, begitu juga pelajar atau penuntut universiti agar bersedia untuk berhadapan dengan pasaran kerja masa depan.

"Laporan ini juga penting untuk ibu bapa memberikan informasi kepada anak-anak mereka terutama yang berumur 15 tahun ke bawah mengenai pilihan kerjaya pada masa hadapan, cita-cita dan inspirasi," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahu guna talent corp?.... Mahu cari dari mana... Russia ka... China ka... Iran ka... Or amerika... Kata acik forum AI UK not bad... Tetapi siapa mahu certify AI expert?... Tanya saja steven sim... Since boss ko ssmbang kencang palatao
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:24 AM | Show all posts
@nusaraya kena persiapkan diri sebagai content creator
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 11:36 AM | Show all posts
Kat Malaysia ni ada aje demand kerja. Yg turn off part gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun tengah aplikasi Ai cuma enviroment tmpt kerja aku x suka teknologi, suka old scholl atau salah satu sebab org x guna teknologi maybe sbb english, tpi tempat aku test speed 300mbps 4g beza betul mula dtg, aku letak modem yes tepi tingkap sbb nk guna internet
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 03:23 PM | Show all posts
apabila banyak sektor pekerjaan mengurangkan pekerja , akan meningkatkan pengangguran dan kuasa membeli semakin berkurangan akan menyebabkan Syarikat yg menggunakan AI pun bakal melingkup...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
AKTIVITI [email protected] mungkin pakai AI...ke nak pakai...jugok???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067836 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list