CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20288|Reply: 39

[Jenayah] Kroni siapakah?

[Copy link]
Post time 14-10-2024 03:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-10-2024 04:17 PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menggeledah sebuah pangsapuri yang didakwa dijadikan 'safehouse' seorang ahli politik berpengaruh dan menemui sejumlah mata wang asing berjumlah kira-kira RM5 juta.

Operasi itu dilakukan SPRM susulan siasatan skandal rasuah jutaan ringgit membabitkan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkaitan konsesi perlombongan pasir dilakukan syarikat cabang pelaburan negeri itu.

BH difahamkan, pangsapuri di Kuala Lumpur itu menjadi tempat penyimpanan wang hasil rasuah milik seorang individu berpengaruh dan ia dipercayai digunakan untuk tujuan tertentu termasuk politik.

SPRM dikatakan menemui sejumlah mata wang Singapura SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta selepas menggeledah rumah berkenaan.

"Dalam siasatan terhadap skandal itu, SPRM menahan seorang suspek dan hasil siasatan mendapati terdapat sebuah pangsapuri disewa di ibu negara yang didakwa dijadikan 'safehouse'.

"Pada jam 10 malam semalam, SPRM melakukan operasi geledah dan menemui wang Singapura bernilai SG$1,529,000 atau kira-kira RM5 juta yang dipercayai disimpan untuk kegunaan ahli politik terbabit bagi aktiviti tertentu," kata sumber kepada BH, hari ini.

Mengulas lanjut, BH difahamkan, pangsapuri itu disewa seorang ahli perniagaan.

Sumber berkata, wang itu dipercayai diberikan seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya dan disimpan oleh ahli perniagaan terbabit atas arahan individu berpengaruh berkenaan.

"SPRM menyita semua wang yang ditemui itu," katanya.

Sumber berkata, syarikat terbabit memohon konsesi daripada MBI lebih lima tahun lalu dan elemen rasuah dikatakan berlaku.

Beliau berkata, SPRM sudah membekukan kira-kira 15 akaun bank milik beberapa individu dan syarikat, termasuk yang dipercayai penyiasat digunakan untuk menyalurkan rasuah.

Katanya, SPRM ketika ini juga sedang menyiasat pembabitan ahli politik berpengaruh itu dalam kes berkenaan mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2024 12:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 05:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala semua pendedahan ni sia2 aja..tgk zahid.. Leh  gugur trus 40 pertuduhan rasuah.. Penat org bwh keje2 bongkar smua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Lek ler.
Menda leh lawan kt mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh aku rasa miskin sgt. rumah tu saja utk simpan 5juta.duit kepok2 bak kata diba AA.jangan duit dia ada sekali dahlerr
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 14-10-2024 05:54 AM
Ala semua pendedahan ni sia2 aja..tgk zahid.. Leh  gugur trus 40 pertuduhan rasuah.. Penat org bwh k ...

Kalau yg kena tue pembangkang jarang gugur terus. Utk 5 tahun nie org umno, bn boleh tido lena la. Haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
I rasa ex umno sekarang bersatu...or ex pkr sekarang bersatu
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Per lagik… jom ke Sogo bawa spanduk selamatkan Mlysia!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nw111 replied at 14-10-2024 07:59 AM
I rasa ex umno sekarang bersatu...or ex pkr sekarang bersatu

Ini confirm
Belum penah lg kot politician gomen kena tahan sebab rasuah
Biasa ex saje....

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw, dah memang semua parti ade safehouse kot
Kalau tak, mana nak dapat duit kempen
Ingat diorang guna duit gaji kah?
Masing2 ade 'deposit box'
Yg penting, jangan sampai kantoiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 08:34 AM | Show all posts
wow
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:07 AM | Show all posts
nw111 replied at 14-10-2024 07:59 AM
I rasa ex umno sekarang bersatu...or ex pkr sekarang bersatu

katanya azmin ali
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 14-10-2024 09:07 AM
katanya azmin ali

Tak terkejut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:23 AM | Show all posts
Macam mana eh pegawai pegawai SPRM ni tahan iman tengok duit berujuta juta cash gitu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 09:59 AM | Show all posts
pergh SG Dollar uuiii..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Cabut jap nak kentot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2024 01:15 PM | Show all posts
haruslah replied at 14-10-2024 08:28 AM
Ini confirm
Belum penah lg kot politician gomen kena tahan sebab rasuah
Biasa ex saje....

khir toyo ?
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 01:45 PM | Show all posts
Ummi Hafilda dah post dlm FB dia hari ini spt memang nak kita tahu abg dia Jemin yg punya. Dia kata Allah makbulkan doa dia setelah bertahun lamanya berdoa utk kebenaran..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 01:58 PM | Show all posts

sepppp
pun tak terkejut

harap2 lepas ni espiarem sama lhdn pi la raid  family rapat al juburi tu

adik beradik ipar duai besan biras .. kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2024 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tripleid at 14-10-2024 02:12 PM

Wow kes berat ni..x sama lgsg dgn kes Wak Jahit terguna duit yayasan dia sendiri tu...

Walaun x abis2 dok jaja kes dnna wak jahit tp yg lawaknya masa dia bebas 40pertuduhan masa zaman gomen tebok atap dulu  walaun krik2 je kann...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.116407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list