View: 14163|Reply: 8
|
[Tempatan]
DBKL kompaun 5 premis di sekitar Bukit Bintang kerana pinggir Bahasa Melayu di papan iklan
[Copy link]
|
|
DBKL kompaun 5 premis pinggir Bahasa Melayu di papan iklan
https://www.malaysiakini.com/news/722407
Diterbitkan: Oct 13, 2024 8:50 AM
Dikemaskini: 8:50 AM
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan operasi penguatkuasaan ke atas premis yang tidak menyertakan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.
Dalam hantaran di Facebook semalam, lima premis di sekitar Bukit Bintang telah dikenakan kompaun dan notis penguatkuasaan bagi “membantu mengingatkan mereka” berhubung peraturan berkenaan perkara itu.
“Hasil siasatan di Jalan Imbi, lima premis didapati melanggar Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 dengan meminggirkan Bahasa Melayu di papan iklan mereka.
“Nampaknya mereka lebih gemar mempamerkan bahasa lain. Tak apa, kita bantu ingatkan mereka dengan kompaun dan notis penguatkuasaan.
“Sekarang, mereka ada 14 hari untuk turunkan iklan tersebut, atau tindakan selanjutnya akan menyusul,” kata DBKL.
Menurut DBKL, pihaknya akan meneruskan pemantauan untuk memastikan premis perniagaan lain tidak “terlupa” untuk mematuhi Undang-undang Kecil Iklan (WP) 1982 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan jika melihat papan iklan yang tidak mematuhinya.
Menurut salinan undang-undang kecil itu yang dimuat naik di laman web DBKL, papan iklan perlu memberi keutamaan kepada bahasa kebangsaan.
Walaupun bahasa lain boleh dipamerkan, saiz perkataannya perlu lebih kecil daripada perkataan dalam Bahasa Melayu.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jgn pula lepas DAP bersuara, DBKL tarik balik kompoun... |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik dbkl focus pada untuk memperbaiki tempat pejalan kaki di persekitaran bukit bintang, KLCC, jalan sultan Ismail dan keseluruhan di tempat tumpuan pelancong, keluar sikit hidup tu seperti katak di bawah tempurung. Belajar dari Singapura.
Banggunan sahaja nampak megah tapi tempat pejalan kaki tiada beza seperti negara dunia ketiga. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih bagus gantung operasi sehingga diperbetulkan. Ada peruntukan tak dalam syarat lesen?
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.. bagaimana pula yg ni. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Terbaik DBKL jgn bg muka
Baru nmpk buat kerje |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar yang first tu ada tulis melayu agak panjang juga cuma dalam font kecik. Yang font besar gedabak tu macam nama kedai tapi orang melayu tak faham disangka itu ayat bahasa cina.
|
|
|
|
|
|
|
|
dan menggesa orang ramai untuk membuat laporan jika melihat papan iklan yang tidak mematuhinya boleh report.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 14-10-2024 11:00 PM
Jangan lupa ..selain hrus berbahasa melayu ... semua premis juga harus berasaskan "rasa atau gelling" nama beragama islam sehingga jati diri malaysia sebagai negara islam teap keal terjaga ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|