View: 38637|Reply: 89
|
[Tempatan]
Lepas ‘Kopi ditidurkan’, NGO mahu moratorium ke atas kaedah lupus anjing
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 15-10-2024 09:14 AM
Lepas ‘Kopi ditidurkan’, NGO mahu moratorium ke atas kaedah lupus anjing
Diterbitkan: Oct 14, 2024 6:25 PM
Tujuh NGO dari Sarawak dan Sabah menggesa agar moratorium kaedah “membunuh” untuk mengawal populasi anjing liar digantikan dengan pendekatan lebih berperikemanusiaan yang konsisten dengan prinsip yang etika.
Gesaan mereka itu susulan kejadian seekor anjing liar yang dinamakan “Kopi” di Besut, Terengganu, dilupuskan dengan menembaknya sehingga mati dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
NGO itu juga menggesa supaya siasatan penuh dijalankan terhadap pembunuhan tersebut dan mereka yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan.
Bagaimanapun, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB) Mohd Sukeri Ibrahim memberitahu Bernama bahawa tembakan ke atas anjing itu, yang mencetuskan kekecohan di media sosial, adalah mengikut prosedur operasi standard.
Dia juga menafikan dakwaan bahawa anjing tersebut dibiarkan oleh petugas setelah mati ditembak dan mendakwa bahawa usaha petugas untuk mengambil bangkai anjing tersebut telah dihalang oleh individu tertentu.
Mohd Sukeri berkata undang-undang membenarkan penggunaan senjata api dalam keadaan tertentu ketika operasi melupuskan haiwan liar tersebut.
Dia berkata ia antaranya menyebut mana-mana anjing berlesen atau tidak yang pemiliknya tidak ditemui boleh dibinasakan atau dilupuskan sebagaimana diarahkan oleh Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.
“Operasi penangkapan dan pelupusan anjing liar telah diadakan di sekitar bandar Jertih pada 6 Sept 2024 secara bersepadu melibatkan 25 orang pegawai dan kakitangan MDB, Pejabat Veterinar Daerah Besut dan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera.
“Ia dilaksanakan susulan aduan daripada orang awam berkenaan sekumpulan anjing liar yang berada di sekitar Bank Simpanan Nasional Jertih yang bertindak agresif dengan menyerang dan mengganggu orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya.
Dalam satu kenyataan, NGO dari Sabah dan Sarawak itu berkata: “Merentasi pelbagai tradisi agama, perlakuan terhadap haiwan adalah cerminan watak masyarakat kita. Sama ada Islam, Kristian, Buddha, atau agama lain, tanda aras kebaikan terhadap haiwan adalah kewajipan moral yang standard.”
The Borneo Post melaporkan NGO itu menyatakan bahawa tindakan membunuh anjing terbiar yang tidak bersalah bukan sahaja melanggar etika tetapi juga penolakan secara terang-terangan terhadap nilai belas kasihan yang diajar oleh semua agama.
NGO itu juga menggesa agar reformasi segera dijalankan berhubung strategi pengurusan haiwan majlis tempatan, dengan mengutamakan pemerangkapan, pengembirian, dan pemulihan, dengan kerjasama organisasi kebajikan haiwan.
Mereka berkata mandat yang jelas mesti diberikan kepada badan kebajikan haiwan khusus seperti Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
Tambahan pula, NGO menegaskan bahawa memandangkan majlis tempatan tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan mengenai penguatkuasaan kebajikan haiwan, ini harus disingkirkan daripada bidang kuasa mereka.
NGO itu juga mahu orang ramai, badan agama, pemimpin masyarakat, penggubal undang-undang, serta pegawai kerajaan untuk bersama-sama mendesak agar "amalan biadab" itu dihentikan segera.
"Sila tampil ke hadapan dalam solidariti untuk menghentikan pembunuhan kejam ini,” tambah mereka.
Kenyataan itu ditandatangani oleh Humane Animal Society Sarawak (HASS), Geng Pusak Jalanan Sarawak (GPJS), Save Our Strays Kuching (SOS), Street Animal Rescuers Association Bintulu (Sara), Zero Strays Miri, Sibu Animal Rescue Society, dan Independent Bantuan Perlindungan dan Kebajikan untuk Haiwan Sabah (IAPWA Sabah).
Terdahulu, akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) berkongsi video berdurasi 52 saat memaparkan Kopi mati akibat kecederaan serius dan disedari seorang penduduk di taman perumahan berdekatan selepas terdengar bunyi tembakan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anjing tular bernama Kopi mati dipercayai ditembak
Oleh
IZWAN ROZLIN
12 Oktober 2024 12:15pm
Anjing liar yang diberi nama Kopi mula menjadi tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar.
SHAH ALAM - Anjing liar diberi nama Kopi yang pernah tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar, di sebuah taman perumahan di Terengganu ditemui mati dipercayai ditembak.
Akaun Facebook My Forever Doggo (MFD) berkongsi video berdurasi 52 saat yang memaparkan anjing liar itu mati akibat kecederaan serius.
Menurut MFD, kejadian itu disedari seorang penduduk di taman perumahan itu selepas terdengar bunyi tembakan kuat.
"Dia bergegas keluar dari rumahnya dan mendapati Kopi terbaring berlumuran darah dalam keadaan kesakitan, sayangnya Kopi tidak sempat diselamatkan," kata MFD.
Kopi mula menjadi tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar disiarkan pengguna TikTok AbbyRaz, yang sehingga kini ditonton lebih 159,800 kali.
Sementara itu, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dengan tegas mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan yang telah meragut nyawa Kopi.
“Kami menuntut agar Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Kebajikan Haiwan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar segera menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kejadian ini.
"Siapa yang bertanggungjawab memberikan lesen atau kebenaran untuk tindakan kejam ini? Ia jelas melanggar etika dan nilai kemanusiaan," katanya. - SINAR HARIAN
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ramai maroh psal ni kt fb ? iols blurr...anjing liar x bertuan kan... yg bising2 tu kenapa x adopt anjing ni ??? |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kalau anjing ni ligan anak ko atau gigit kepala lutut ko, ko jugak yang bising kata PBT skibidi tak buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Kopi mula menjadi tular pada Mac lalu selepas videonya bermain dengan anak kucing terbiar nak tengok video!
|
|
|
|
|
|
|
|
Mgkin anjing Kopi ni jenis baik tak kacau org..RIP |
|
|
|
|
|
|
|
RIP Kopi
Dunia ni mmg kejam pd yg lemah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
yg tukang viral tu pun dah macam menebar fitnah dah. setau aku la, prosedur tembak anjing ni apa-apahal mesti keluar notis dulu. sbb tu kalau time tembak anjing tak jalan pun sebab nnt adalah NGOks pegi sorok anjing-anjing nih. lagi satu setau aku mana boleh pakai peluru hidup, dahle mahal pastu risiko kalau tertembak orang nak mampus k pakai peluru hidup. kena pakai pelali, so anjing2 ni akan lalok masa tu lah majlis akan tangkap dan PTS kat tmpt lain. pastu anjing ni stray kan, konon jinak, habeh tu kenapa korang taknak adopt je anjing ni kenapa dibiarkan di jalanan? sama je risiko dia nak kena rabies.
anjing liar ni asalnye dari mana? dari anjing belaan yang dibuang oleh tuan asal. ngape NGOks ni taknak educate pembela anjing ni kalau nak bela tu belalah betul2. ni dibiarkan lari camtu je. anjing kot bukan kucing. tu belum lagi yang memang sengaja buang.
yang melayu pun gigihla bela anjing konon jaga kebun, tapi korang bela anjing betina yang tak dikasi sampai beranak pinak, pastu bela tinggal camtu je taknak kasi makan. camnela anjing tu tak lari masuk taman-taman pulak jadi strays
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak kucing tu tak lupuskan ke |
|
|
|
|
|
|
|
I baca: kopi ni dikatan jadi 'big sister' kat anak2 kucen dan puppies kat situ. Kopi jinak.
BTW, kenapa orang taknak adopt dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
adopting mana2 haiwan adalah tanggungjawab yg besar. ramai suka suki bela haiwan, pastu bila tak dpt jaga , mula la buang merata. pasti ramai yg nk adopt, tapi bukan senang yer. buatla yg termampu. yg kucing tu tak kena tembak pulak?? SOP hanya kt anjing ke? |
|
|
|
|
|
|
|
NGO ni.... kalau heiwan tu ditangkap hidup² pun, salahkan PBT.
Tapi bila ada kes anak orang dikejar anjing tepi jalan nyaris kena langgar kereta kaa, kena gigit kaa... memasing diam dalam gua. |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman iols skolah rendah dulu, rasa mcm tahun 1994..ada kes warga emas mati kena gigit rottweiler jiran..kat TTDI kalu x salah |
|
|
|
|
|
|
|
Isu Anjing liar ni tiada kesudahan.. bnyk pbt pun mcm buat dek je psl anjing liar ni. Hny yg pernah kena kejar dgn anjeng liar je yg paham knp anjing liar ni perlu dibunuh. |
|
|
|
|
|
|
|
bidik then petik. Bang!
Betul dah tu ikut prosedur menembak.
|
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 14-10-2024 09:02 PM
I baca: kopi ni dikatan jadi 'big sister' kat anak2 kucen dan puppies kat situ. Kopi jinak.
BTW, k ...
betul. anjing tu innocent je, jd nanny lagi kepada haiwan jlanan lain. tak gigit sape2 pon, dah kena hukum bunuh. cuba kita gi tembak mampus je sekor manusia, pastu bagi alasan takut esok2 dia jd jahat. boleh terima? kalau pencinta haiwan 200% aku yakin dah terlebih had bela kat rumah, kalau bawak balik lagi, jiran dr neraka report pbt jugak kalau rumah pon rumah teres je atau duk kat flat/apartment. pencinta haiwan ni jarang berduit sbb mana sempat nak menyimpan duit gaji nye. kos vet mahal kot, hidup pon seadanya, kos yg tak mampu terpaksa meminta dgn orang lain jugak. korang expect setiap pencinta haiwan ada tanah berekar nak pungut semua haiwan simpan atas tanah sendiri? sbb tu tak mampu bawak balik tolong jugak keluar tenaga dan duit utk buat TNR, at least berusaha kawal populasi. pbt mmg suka cari pasal dgn pencinta haiwan je, tapi takde lak gi cari PEMBUANG haiwan yg jd punca populasi asyik bertambah. bodoh camtu la, yg jahat dia buat derk, yg baik pulak kena hukum. pasal takde adopter tu, nak cari adopter kucing kg pon jenuhhh iklan tak laku, apatah lagi anjing di negeri majoriti melayu isele. jilaker tol nama akta kebajikan haiwan tapi keje nak membunuh aje. ko jgn terkejut haiwan yg dah tak berguna utk kerah buat keje, sakit tapi owner rasa kos mahal, beranak pinak yg haiwan tak berakal ni mana la reti merancang atau pegi mandulkan diri sendiri kat vet antara justifikasi boleh bunuh dlm akta 'kebajikan' haiwan. bila anak2 setan kena bala, pandai pulak cari k9 suruh tolong!
|
|
|
|
|
|
|
|
exclusive_vvip replied at 14-10-2024 09:58 PM
Zaman iols skolah rendah dulu, rasa mcm tahun 1994..ada kes warga emas mati kena gigit rottweiler ji ...
siwon kpop pon penah anjing dia gigit jiran dorang, jiran tu mati ye. anjing bukan anjing pungut tepi jalan tapi anjing beli. tapi yg selalu jd mangsa pbt skibidi, yg stray la. mcm kasta gittew, yg kat jalanan tu la terpaling jahat, busuk, bawak penyakit walau tak buat pape dan sihat je. belum penah gigit sesape dah kena baling batu, bila anjing tu rasa terancam dan kejar balik anak setan, salah anjing tu jugak. takde rabies pon tiber jah kena tembak. kat ganu tu ada kes rabies ke yg pbt lapar darah sangat? kalau betul ada kes rabies, pencinta haiwan pon terima je dvs nak buat pelupusan besar2an pon |
|
|
|
|
|
|
|
"Takkan sekor anjing buat hal..semua kena tembak"-acik t20 |
|
|
|
|
|
|
|
RIP Kopi. Sedih tengok carcass Kopi diusap lepas kena tembak. Dulu saya selalu bagi satu neighborhood dog makan; namanya Mimi. Bukan saya ja. Memang ramai yg sayang Si Mimi ni. Sampailah Mimi passed away.
Jadi bila berlaku Hal macam Kopi ni, saya sedih. Nampak Kopi ni jinak. Playful.
Biasanya anjing yg mengganas ni jenis yg dibela. Yg owner bukak gate sikit, terus nak kejar org lalu depan rumah. Bukan stray dog. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah ada peluang nak bela, memang nak. Kesiannya kopi ni. Hidup pun makan sampah dan harapkan ihsan manusia. Anjing2 mahal yang dimanja yang perangai macam iblis. Bising menyalak dan gigit orang bila keluar.
Pelacur yang bagi anjing minum pun masuk syurga, tapi tembak anjing liar yang baik macam mana pula hukumnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|