CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13831|Reply: 1

[Dunia] Pemandu ambulans indon letak keranda tengah stesen minyak

[Copy link]
Post time 15-10-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Pemandu ambulans campak keranda tengah stesen minyak

https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... ngah-stesen-minyak/

Oleh KOSMO!
14 Oktober 2024, 9:00 pm


Keranda ditutup dengan kain hijau itu diletakkan di hadapan pam minyak di tengah stesen minyak Pertamina. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan perbuatan pemandu ambulans mengeluarkan keranda dan meletakkannya di tengah sebuah stesen minyak di Semarang, wilayah Jawa Tengah, lapor laman berita Radar Surabaya kelmarin.

Tindakan itu dilakukan sebagai tanda protes selepas kenderaan itu ditegah daripada mengisi bahan api diesel yang mendapat subsidi pemerintah.

Dalam video tersebut, keranda ditutup dengan kain hijau itu diletakkan di hadapan pam minyak di  stesen minyak Pertamina.

Namun, tidak dijelaskan sama ada terdapat jenazah di dalamnya atau sekadar keranda kosong.

Turut didengari dalam video itu adalah suara seseorang menjelaskan bahawa ambulans tersebut tidak boleh mengisi bahan bakar bersubsidi kerana tidak memiliki kod QR mengikut syarat ditetapkan.

“Ambulans ini tidak boleh mengisi diesel bersubsidi kerana memang itu syaratnya (mempunyai kod QR),” kata individu tersebut.

Sementara itu, Pengurus Komunikasi, Hubungan dan Tanggungjawab Sosial Korporat bahagian Jawa Tengah,  PT Pertamina Patra Niaga, Brasto Galih Nugroho mengesahkan mengenai kod QR tersebut.

Menurutnya, selain tidak mempunyai kod QR yang diperlukan, cukai jalannya juga sudah tamat tempoh sedangkan ia adalah salah satu syarat untuk mendapatkan kod QR.

“Namun, memahami ambulans adalah kenderaan perkhidmatan awam, kami tetap memberi bantuan berupa baucar BBM Dex Series agar ia dapat meneruskan operasinya,” kata Setiausaha Korporat Pertamina Patra Niaga, Heppy Wulansari. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun, waduh, waduh, waduh, pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini membundel kabupaten kedubes muntaber kapan nyemprot memuncratkan ngabuburit pesantren ketabrak, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia ...mbak... kalau nggak bisa, kita ambil ular bisakan dia, pantek goblok lonte Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048291 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list